KALAU dah ada lauk, biasanya mestilah ada sayurnya. Tak dapat banyak, sikit pun boleh asalkan sama-sama boleh kongsi.

Namun, mungkin dah ada para ibu yang buntu nak masak sayur apa? Apa kata cuba resipi sayur capcai ini. Sangat berkhasiat dan sedap.

Bahan-bahan:

Sayur kacang peeps
Bunga kobis
Brokoli
Capsicum
Lobak merah
Tomato
Baby jagung
1 biji bawang merah (dihiris bulat)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji lada merah (dihiris nipis)
4 biji cili padi (dihiris nipis)
200gm udang (buang kepala dan kulit)
3 sudu besar sos tiram
secukup rasa
1 sudu kecil sos ikan
1 gelas air
1 sudu besar tepung + sedikit air

Cara-cara:

Iklan

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada merah
2. Masukkan udang, sos tiram dan sos ikan. Kacau.
3. Kemudian masukkan semua sayur kecuali tomato.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga sayur masak.
5. Setelah itu masukkan tomato.
6. Tambahkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi ini amat mudah dan sedap. Paling penting ia berkhasiat sebab mengandungi banyak sayur! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto: yauyau.creation