HONDA kemas kini kotak gear EPS, 36,000 unit Civic, Civic Type R dan CR-V terima notis makluman
HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan kemas kini kira-kira 36,000 unit Civic, Civic Type R dan CR-V melibatkan kotak gear Electric Power Steering (EPS).
Jenama itu dalam satu kenyataan memberitahu, HONDA Civic yang terlibat merupakan keluaran 2022 hingga 2024, diikuti Civic Type R (2023 hingga 2024) dan CR-V model 2024.
“Roda cacing pada kotak gear EPS mungkin membengkak dan mengurangkan ketebalan lapisan filem gris hingga menyebabkan bunyi stereng tidak normal.
Muzik: Before The Rain oleh TYME Instrument (Bensound)
“Justeru, HONDA Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan terjejas dan memberi jaminan model pengeluaran serta jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kemas kini produk berkenaan,” katanya.
Label terkemuka itu percaya, kerja kemas kini produk proaktif tersebut signifikan demi keselamatan pelanggan yang menjadi keutamaan syarikat dari Jepun berkenaan.
Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang disertakan butiran kemas kini. Mereka disarankan menghubungi mana-mana pengedar sah untuk temu janji.
Semua kos pemeriksaan, pembaikan atau penggantian bahagian yang terjejas akan ditanggung HONDA Malaysia, manakala stok gantian tersedia secara berperingkat mulai Disember nanti.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang