HONDA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan varian CR-V terbaharu dengan edisi serba hitam yang lebih menawan.

Keluaran jentera terbaharu dengan ciri keselamatan dan teknologi canggih dipertingkatkan itu dikatakan menjadi antara peneraju segmen Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) paling bergaya dalam negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, fitur baharu tersebut secara eksklusif didatangkan dengan varian 1.5L TC-P 2WD bersama rona dinamik, Crystal Black Pearl.

CRV Edisi Hitam

“Penampilan lebih terserlah dengan gaya berani dan lasak, ditambah dengan ciri Teknologi Keselamatan Lanjutan Generasi Seterusnya.

“Pengenalan varian terbaharu ini diharapkan mengembangkan lagi barisan SUV sedia ada iaitu 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5L TC-P 4WD,” katanya.

Baca juga CR-V baharu dengan Honda Sensing, LaneWatch lebih canggih dan selamat

Chujo menambah, CR-V menjadi model pemasangan tempatan (CKD) pertama dalam barisan Honda Malaysia pada 2003 dan diterima baik pasaran Malaysia.

CRV Edisi Hitam

“Rekod jualan sejak tahun 2003 diterima secara konsisten apabila sebanyak lebih 108,000 unit berjaya terjual, malah CR-V generasi ke-5 yang dilancarkan pada 2017 merekodkan lebih 43,000 unit.

“Potensi CR-V melebihi jangkaan kami dengan jualan yang menggalakkan sekali gus mendominasi segmen SUV Bukan Nasional dengan 24 peratus di pasaran setakat Ogos lalu,” katanya.

CRV Edisi Hitam

Apa yang menarik mengenai CR-V baharu dengan pilihan rona hitam menawan tersebut? Berikut perinciannya:

1. Model pertama memperkenalkan Honda Sensing, kamera LaneWatch dan kawalan kestabilan.

2. Didatangkan khas dengan enjin turbo 1.5L VTEC dengan maksimum tork 243Nm.

3. Selain ciri keselamatan dipertingkatkan dengan enam beg udara, CR-V Edisi Hitam dilengkapi kawalan enjin dengan kunci pintar dan pendingin hawa dibuka secara automatik.

CRV Edisi Hitam

Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui

4. Kemasan gril depan berwarna hitam, hiasan bampar depan dan belakang serta rim aloi bersaiz 18 inci.

5. Identiti edisi hitam lebih terserlah pada kemasan konsol tengah, papan pemuka dan pintu.

6. Pelapik bumbung berwarna hitam dan sulaman ‘Black Edition’ pada tempat duduk hadapan.

CRV Edisi Hitam

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagi peminat jenama Honda yang tertanya-tanya harga yang ditawarkan, jentera dengan ciri premium tersebut dijual pada harga bermula RM161,913.99.

Untuk maklumat lanjut, boleh memuat turun aplikasi HondaTouch atau melayari www.honda.com.my atau mengunjungi bilik pameran berhampiran anda.