DEMI membawa kelainan seiring dengan kepopularan fesyen jalanan dan seni grafiti, Leica memperkenalkan keluaran edisi istimewa, Leica D-Lux 7 dengan kerjasama A Bathing Ape X Stash baru-baru ini.

Reka bentuk kamera kompak itu tampil dengan paparan tanda tangan artis popular New York, Josh Franklin atau Stash bersama sentuhan jenama pakaian popular Jepun, A Bathing Ape.

Leica menerusi portal rasmi menyebut, gabungan fotografi, grafiti dan fesyen jalanan bertemakan corak celoreng membawa sisi berbeza, sekali gus menjadikan fitur baharu berkenaan lain daripada lain.

LEICA

“Demi memahami kehendak anak muda masa kini, Leica turut menawarkan set aksesori seperti beg kamera, penutup lensa dan tali dengan signatur tersendiri,” kongsi kenyataan itu.

Hanya sebanyak 1,850 unit sahaja dikeluarkan untuk dijual di seluruh dunia. Harga pasarannya mencecah RM7,140.

Berikut perincian fitur tersebut:

LEICA

  • Ciri Leica DC Vario-Summilux dengan sensor bersaiz 17 megapiksel (MP).
  • Bukaan apertur pantas (f/1.7 hingga 2.8) dan panjang fokus 10.9 hingga 34 milimeter dengan lensa terbina di dalamnya.
  • Mempunyai autofokus yang mampu merakam hingga 11 bingkai sesaat, fungsi pasca fokus inovatif membantu jurugambar menentukan titik fokus.
  • Fungsi video dengan format 4K yang mana empat kali lebih tinggi berbanding ciri definisi tinggi pada resolusi maksimum 8MP.

LEICA

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.leica-store.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan