SEMPENA pembukaan tahun 2023, LG Electronic merancakkan lagi barisan produk dengan memperkenalkan rangkaian televisyen pintar terbaharu, siri LG OLED.

Ia terdiri daripada tiga model iaitu LG OLED evo Z3, G3 dan C3. Kesemua inovasi berkenaan dinaik taraf dengan pemproses kecerdasan buatan (AI) α 9 Gen6 yang menjadikan ciri bunyi AI LG Pro pada pembesar suara lebih bermutu.

Pemproses siri Alpha terbaharu yang menggunakan teknologi Deep Learning AI itu juga menghasilkan kualiti gambar yang lebih cerah dan tepat.

“Selain itu, ciri AI Picture Pro yang diseragamkan dengan teknologi pemprosesan foto juga berkeupayaan untuk mengesan objek seperti wajah.

“Ketiga-tiga peranti terkini LG tersebut turut dibangunkan dengan perisian webOS yang telah dikemas kini, selain mengekalkan kualiti sistem audio Dolby Vision dan Atmos,” kata kenyataan itu.

LG OLED

Dalam kenyataan yang dimajukan kepada SinarPlus, jenama dari Korea Selatan itu tidak memperincikan setiap satu model televisyen yang dinyatakan.

Mereka hanya menyenaraikan spesifikasi LG OLED evo G3. Berikut antara ciri-ciri yang dikongsikan:

  • Televisyen berkenaan ditambah baik dengan teknologi Brightness Booster Max yang menggabungkan kawalan cahaya dan algoritma penggalak cahaya (light-boosting algorithms) pada skrin hingga 70 peratus.

Baca juga Televisyen pintar dwifungsi, Samsung Neo QLEAD 8K bawa kelainan gaya hidup moden

Iklan

LG OLED

  • Dilengkapi dengan teknologi Brightness Booster Max untuk model bersaiz 55, 65 dan 77 inci.
  • Pengenalan ciri reka bentuk One Wall khas untuk pengguna yang gemar memasang televisyen terus pada dinding.

Baca juga TV tercanggih pertama di dunia kini dipasarkan, tak pakai boleh gulung simpan!

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lg.com/my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi