SETELAH hampir setahun pandemik Covid-19 melanda dunia, kebanyakan negara telah perlahan-lahan membuka semula sempadan mereka menerima pelancong.

Menurut portal wego.com, banyak destinasi di seluruh dunia telah diperincikan secara rasmi dan dianggap selamat dikunjungi oleh Kesatuan Eropah dan Inggeris.

Katanya ia menyentuh kriteria dan metodologi yang digunakan dalam menentukan keselamatan negara-negara berikut dari segi penahanan dan penghantaran Covid-19.

Menurutnya, senarai negara-negara yang selamat dikunjungi ini sentiasa dikemas kini sesuai dengan tinjauan yang berterusan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Foreign & Commonwealth Office.

Malaysia turut berada di tangga ke-21 dalam senarai tersebut, selepas El Salvador dan India.

Ini senarai negara yang dikategorikan selamat untuk dikunjungi ketika pandemik Covid-19;

  1. Australia
  2. New Zealand
  3. Singapura
  4. Zambia
  5. Cuba
  6. Arab Saudi
  7. Uruguay
  8. Iceland
  9. Kazakhstan
  10. Ireland
  11. Finland
  12. Israel
  13. Bahrain
  14. Norway
  15. Emiriah Arab Bersatu
  16. Filipina
  17. Namibia
  18. Sri Lanka
  19. El Salvador
  20. India
  21. Malaysia
  22. Afrika Selatan
  23. Colombia
  24. Iran
  25. Russia

Menurut portal tersebut, dalam menentukan negara-negara bukan EU yang dianggap selamat dalam isu pandemik Covid-19, Majlis Eropah telah menetapkan tiga kriteria:

1. Kriteria epidemiologi.

Sebuah negara mesti menunjukkan kemampuannya untuk menurunkan dan menstabilkan penyebaran Covid-19 secara signifikan untuk jangka masa yang berterusan.

Petunjuk untuk ini adalah penurunan kes jangkitan baru, kemasukan ke hospital dan juga jumlah pesakit yang dirawat dalam rawatan intensif.

2. Kapasiti sistem kesihatan yang mencukupi.

Iklan

Sebuah negara mesti mempunyai kadar penghuni yang mencukupi untuk Unit Rawatan Rapi, yang antara lain memerlukan jumlah tempat tidur hospital yang mencukupi, produk farmasi yang diperlukan serta kakitangan perubatan yang berkelayakan dan mencukupi untuk merawat pesakit yang dijangkiti.

3. Kapasiti pemantauan yang sesuai.

Sebuah negara mesti mempunyai pusat ujian yang tepat untuk mengadakan kapasiti pengujian berskala besar untuk mengesan dan memantau kes jangkitan.

Iklan

Selanjutnya, kemudahan ujian mesti dilengkapi dengan kemampuan mengesan kontak rapat yang mencukupi untuk mengasingkan dan menghalang penyebaran jangkitan selanjutnya.

Jadi, bolehlah tepuk dada tanya akal, ke mana destinasi perlancongan yang korang ingini!

Baca juga Masalah cetakan label rupanya, patutlah terlalu rendah kandungan karbohidrat