Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui

honda
March 10, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

LEBIH canggih dan inovatif. Istilah itu sesuai untuk menggambarkan teknologi baharu yang diperkenalkan Honda Malaysia malam tadi.

Inovasi sofistikated tersebut yang dikenali sebagai Honda Connect telah membawa jenama Jepun itu lebih keterhadapan dalam menawarkan ciri keselamatan terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, selain menumpukan kepada jualan kereta, syarikat jenama dunia tersebut membawakan aspirasi untuk memudahkan kehidupan manusia.

"Honda mahu menghubungkan manusia dengan teknologi lebih advance. Apa perasan anda jika memiliki 'pembantu peribadi' yang boleh membantu?

honda

"Ya, hanya menggunakan teknologi Telematics, sistem Honda Connect boleh menghubungkan pengguna hanya menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran secara maya melalui platform rasmi, Facebook Honda Malaysia.

Kata Ishiyama lagi, pihaknya turut menumpukan tiga aspek utama iaitu keselamatan, sekuriti dan keselesaan buat pengguna Honda melalui Honda Connect.

"Dengan teknologi canggih, kami mahu memberikan ketenangan dan keselesaan buat pemilik Honda selain sentiasa berhubung dengan kenderaan mereka sepanjang masa.

Iklan

honda

"Sudah menjadi impian kami untuk memastikan model keluaran Honda lebih selamat untuk dimiliki dan menjaminkan keselamatan jangka panjang,” katanya.

Sudah pastinya, teknologi yang cukup canggih itu membuatkan ramai peminat jenama Matahari Terbit teruja untuk mencuba.

Apa lebih menarik, teknologi Honda Connect tersebut akan tersedia dalam varian terbaharu, City RS e:HEV yang dijangka akan dihantar kepada pelanggan bermula bulan ini.

Iklan

honda

Bagi pembaca SinarPlus yang ingin tahu apakah itu Honda Connect, berikut ada perinciannya yang diterangkan oleh Ketua Projek Honda Connect, Muhammad Syahmi Mat Aris.

1. Fungsi utama teknologi Telematik merangkumi diagnostik kenderaan, aplikasi kawalan jauh, keselamatan, penjejakan kenderaan dan perkhidmatan sokongan.

2. Teknologi canggih itu bertujuan untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat dan keberadaan kenderaan mereka pada bila-bila masa.

3. Bagi fungsi keselamatan dan sekuriti, teknologi Honda Connect dilengkapi sistem pengesanan pelanggaran automatik, pengesanan penggera keselamatan, isyarat kelajuan, geo-pagar dan panggilan kecemasan.

4. Untuk fungsi sistem pengesanan pelanggaran automatik, bantuan sokongan segera akan diberikan kepada pengguna sekiranya berlaku kemalangan dalam tempoh 24 jam.

5. Sokongan diagnostik kawalan jauh yang ada pada Honda Connect boleh membantu mengesan 11 petunjuk masalah seperti kegagalan enjin, sistem brek dan banyak lagi.

Hebat bukan? Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.honda.com.my atau mengunjungi bilik pameran berhampiran anda.

About Arziana Mohmad Azaman