Shila Amzah kongsi Ubai retak kaki akibat futsal - 'Hari tu kepala, ni kaki pula!'
PENYANYI Shila Amzah berkongsi keadaan suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai MZ, 28, mengalami kecederaan akibat serius pada bahagian kaki dan buku lali dalam perlawanan bola sepak pada Khamis.
Shila, atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, berkongsi menerusi satu video di Instagram yang turut memperlihatkan keadaan Ubai yang kelihatan menahan kesakitan ketika menuruni tangga rumah mereka untuk ke sebuah pusat perubatan di ibu kota bagi menjalani pemeriksaan X-ray.
Menurut Shila, dia tidak teragak-agak untuk 'membangkang' sebarang ajakan daripada rakan-rakan suaminya yang mahu mengajak Ubai bermain bola atau menunggang motosikal.
"Retak kakinya namun tidak hatinya. Punca bola ini sudah dua kali.
"Hari tu kepala ni kaki pula! Kawan-kawan dilarang ajak dia main bola atau pergi ride ke semua tu saya bangkang eh. Jangan buat hal," titip Shila dalam nada seloroh.

Sementara itu, Ubai menerusi hantaran di laman sosial Thread dan Insta Story memaklumkan akan bercuti panjang.
"Bad injury untuk game petang tadi. Buku lali terseliuh dan kaki retak. Sedih tapi benda dah nak jadi. Reda sahajalah. Saya cuti panjang gais," tulis Ubai.
Pada ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis mendoakan agar Ubai segera diberi kesembuhan.
Ada juga yang berseloroh secara nakal, meramalkan Ubai pasti akan kembali bermain bola sebaik sahaja pulih daripada kecederaannya.

“Allah! Speedy recovery hampaaa Ubai hani,” tulis Rozita Che Wan.
“Happy dengan kawan, sakit isteri jaga #donebatuapi.”
“Percayalah nanti dia pergi pastu balik buat tak sakit tau-tau esok dah bengkak.”
“Semoga ALLAH menyembuhkan, aaminn.”
“Bukan nak cakap apa tapi nanti dia dah sihat confirm terus main balik .”
Sekadar info, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Rhea Akira, setahun lima bulan.
Shila memiliki seorang anak lelaki, Seth Uwais daripada perkahwinan pertamanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
