7 makanan tambah susu badan, ibu-ibu di luar sana boleh cuba amalkannya

July 24, 2021
Oleh Farah Eliani

SEBAIK melahirkan bayi, para ibu biasanya risau jika sistem tubuh badan mereka tidak dapat menghasilkan susu.

Pelbagai cara digunakan termasuk mempraktikkan kaedah tradisional.

Sebenarnya, kongsi seorang pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penghasilan susu.

“Ibu-ibu di luar sana perlu tahu bahawa menyusukan bayi secara kerap adalah cara terbaik untuk meningkatkan bekalan susu.

“Namun, pemilihan makanan yang sihat juga mendorong badan menghasilkan susu ibu,” tulisnya di Facebook.

Berikut beberapa pemakanan yang perlu diberi perhatian buat ibu yang ingin merangsang penghasilan susu ibu:

i) Lobak merah, keladi dan ubi merah.

  • Beta caratene yang terdapat dalam makanan yang berwarna merah dan oren sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.

ii) Sayur-sayuran hijau.

  • Sayur-sayuran hijau mengandungi pelbagai sumber penting seperti enzim, vitamin dan mineral.
  • Warna hijau itu juga mempunyai kompoun phytoestrogen yang membantu menyokong penyusuan.

iii) Bijirin penuh.

Iklan
  • Bijirin penuh memberikan keselesaan kepada kepada seseorang dan ia akan menggalakkan rembesan oxytocin iaitu hormon yang membantu penghasilan hormon.

iv) Kekacang, kacang buncis dan lentil.

  • Kekacang juga terkenal sebagai ‘milk-booster’.

v) Betik muda.

  • Ia sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan C.
  • Vitamin C yang tinggi untuk ibu yang menyusu amat digalakkan iaitu antara 115 hingga 120 miligram setiap hari.

vi) Jintan.

  • Jintan putih dan hitam sangat banyak digunakan dalam memberikan rasa kepada masakan dan sangat bagus membantu meningkatkan penghasilan susu.

Baca juga: Tertukar anak sudah susu badan. Jadi anak susuan, tak boleh kahwin

Iklan

vii) Herba dan rempah.

  • Banyak jenis herba dan rempah yang boleh membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.
  • Namun, perlu diingatkan tidak semua orang sesuai dengan penggunaan herba dan rempah.

“Jadi, pastikan pengambilan herba dan rempah di ambil secara berhati-hati ya,” pesannya.

Ujar Syaza Lyana lagi, kebanyakan makanan yang disenaraikan itu berkhasiat dan selamat untuk ditambah dalam diet seharian.

“Namun, kepelbagaian, sederhana dan seimbang adalah penting untuk memastikan penghasilan susu ibu menjadi lebih terbaik,” pesannya.

ANEKDOT

MANFAAT susu ibu kepada anak:

1. Menyediakan nutrisi yang lengkap kepada bayi.
2. Mengandungi antibodi yang penting untuk bayi.
3. Mengurangkan risiko penyakit kepada ibu dan bayi yang menyusu.
4. Membantu bayi mencapai berat badan yang sihat.
5. Menjadikan kanak-kanak lebih pintar.
6. Membantu ibu untuk mengurangkan berat badan.
7. Menyusukan anak dapat membantu pengecutan rahim.
8. Ibu yang menyusukan bayi mempunyai risiko depresi yang lebih rendah.
9. Membantu mengelakkan menstruasi.
10. Menjimatkan masa dan wang.

Sumber: thediagnosa.com