Tip miliki kulit wajah berseri, sihat cara Janna Nick

janna nick
January 26, 2021
Oleh Izyan Liyana

BAGI memiliki kulit wajah berseri wanita tidak seharusnya bergantung pada penggunaan kosmetik atau produk kecantikan semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kesihatan dari dalam.

Rutin kecantikan sedemikian dikongsikan oleh pengacara, penyanyi dan pelakon, Janna Nick menerusi siaran IGTV yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya @jannanick baru-baru ini.

Iklan

Menurut selebriti berusia 25 tahun itu, selepas bekerja misalnya selesai mengacarakan program Melodi, perkara pertama dilakukan adalah mencuci solekan termasuk menanggalkan bulu mata palsu.

janna nick
BICARA Janna, beliau hanya mengenakan solekan tebal ketika bekerja atau memenuhi sesi fotografi.

“Sejujurnya, saya tidak suka bersolek. Jika mekap pun konsep solekan nipis dan natural berbanding tebal. Sebab itu, habis saja kerja saya akan segera bersihkan mekap supaya wajah tak rasa melekit.

“Kadangkala kulit wajah kita perlu bernafas. Bagi individu yang mengalami masalah kulit, jangan fikir hanya produk kecantikan boleh membantu merawat, tidak,” tegas beliau.

Iklan

janna nick
JANNA lebih selesa kulit wajahnya bebas calitan mekap atau memilih konsep solekan natural dan nipis.

Bicara Janna, ironinya dengan mengamalkan minum air putih dan mengelakkan air manis dan makanan berminyak dapat membantu menyihatkan, sekali gus mencantikkan kulit wajah.

“Bagi saya, rutin penjagaan ideal haruslah bermula dari dalaman. Barulah kulit wajah kita sentiasa bersih,” ujarnya.

Dalam video berdurasi 2.07 minit tersebut, Janna turut menunjukkan dua langkah asas penjagaan kulit wajah. Pertama, selepas menanggalkan bulu mata palsu dan kuku palsu beliau akan mencuci mekap menggunakan tisu lembut dan minyak Argan.

Artikel berkaitanTakutlah Nak Shooting – Janna Nick

Kemudian, Janna akan membersihkan kulit wajah menggunakan pencuci pilihan mengikut kesesuaian kulitnya sebelum membilas dengan air bersih.

janna nick
SELEBRITI berusia 25 tahun itu percaya kulit wajah yang haruslah bermula daripada dalaman seperti mengamalkan minum air putih dan elak makanan berminyak.

Sebelum menutup bicara, Janna sempat menitipkan pesanan: “Bagi kekal yakin tampil tanpa solekan, paling penting memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat.”

Iklan