SABAN hari dalam laman sosial ada sahaja video #DontRushChallenge mencuit hati hasil kreativiti pelbagai lapisan masyarakat.

Jika pada peringkat permulaan video yang menampilkan transisi seseorang sebelum dan selepas bersolek, kini cabarannya berubah dari semasa ke semasa mengikut latar-belakang dan kerjaya individu terbabit.

Selepas paparan video #DontRushChallenge yang dibarisi para selebriti jelita seperti Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Janna Nick dan Tya Ariffin terbaharu, pengamal perubatan turut melakukan cabaran berkenaan.

Menariknya, mereka tidak menggunakan berus pemerah pipi, sebaliknya beraksi dengan uniform doktor, sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan stetoskop.

Video terbabit telah dimuat naik menerusi laman sosial Instagram Dr Say atau pemilik nama sebenar Muhammad Shazril Shaharuddin pada baru-baru ini.

doktor
SEBAHAGIAN doktor yang menyertai video #DontRushChallenge baru-baru ini.

Menurut beliau, kumpulan doktor gigi dan doktor wanita telah menghasilkan video cabaran sedemikian, maka gilirannya dengan rakan lelaki pula.

“Bagi peluang la kat kami doktor lelaki nak buat #DontRushChallenge ni skit. Awat lambat sangat doc?”.

Iklan

“Well we save the best for last untuk anda maka here u go peeps. Disarankan tonton lepas berbuka takut ade yang makruh kat mana-mana (ketawa),” tulisnya berseloroh.

Dalam video itu, Dr Say yang pada mulanya mendukung anak di rumah sekelip mata tampak segak dalam persalinan kerja beserta stetoskop yang disangkut di leher.

Iklan

Kemudian, jalan cerita video berdurasi 2.41 minit tersebut diteruskan dengan kumpulan doktor lelaki lain bersama uniform di ruang kerja masing-masing.

Rata-rata warga net memberikan respon positif dan ada juga yang menyifatkan barisan hadapan petugas perubatan lokal kelihatan persis model runway dan kempen iklan.