MALANG sekali buat seorang warganet apabila berdepan kejutan tidak disangka-sangka selepas pulang ke rumah sewa yang ditinggalkan hampir dua bulan.

Tidak dinafikan, ada yang stuck di kampung apabila tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Barangkali pemilik akaun twitter bernama Muhammad Adib itu beranggapan kepulangan ke rumah sewa selepas ‘cuti’ panjang adalah seperti hari-hari biasa.

Namun tidak disangka, rupa-rupanya ada suprise yang menanti apabila melihat peti ais dikerumuni ulat dek kerana suis utama terpadam.

“Dua (2) bulan tak balik rumah, balik rumah perasan suis letrik utama rumah off.

retweet

 

 

“Barangkali kena tendang masa kilat. Hasilnya peti ais rumah,” tulisnya sambil menunjukkan gambar peti ais.

Kongsinya dalam satu hantaran di twitter itu agak melucukan lebih-lebih lagi menerima lebih 3,000 retweet rakannya yang sempoi dan ‘prihatin’ dengan keadaan itu.

retweet

 

Jenaka rakan serumah yang kata perlu membersihkan semula peti ais itu dengan menggunakan pakaian lengkap perlindungan diri (PPE) agak mencuit hati.

“Housemate aku: Ni nanti nak bersihkan kene pakai full PPE mcm frontliner ni. Kamu orang (korang) bersihkanlah. Aku nak pindah rumah.

“Terima kasih untuk tip dan cadangan anda semua. Bagi yang ingin memberikan sumbangan untuk pembelian peti ais baru, sila salurkan sumbangan anda ke nombor akaun,” selorohnya.

Iklan

retweet

 

 

 

Iklan