SEMPENA Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, jenama aksesori Pandora melancarkan promosi istimewa hari raya bermula pada 15 sehingga 26 Mei ini.

Promosi ‘Beli 3 Percuma 1’ tersebut ditawarkan di semua butik Pandora seluruh negara tertakluk pada terma dan syarat.

Justeru, bagi memeriahkan sambutan lebaran tahun ini Pandora memperkenalkan charm (loket gelang) kemasan tangan berbentuk pelita dan bulan sabit yang hadir dalam nuansa emas.

pandora
KOLEKSI charm Pandora berbentuk pelita dan bulan sabit yang hadir dalam nuansa emas.

Charm konsep menawan itu bukan sahaja sesuai digayakan bersama gelang tangan Pandora Moments, malah idea dipadankan pada rantai pengganti loket.

pandora
SELAIN cincin, Pandora turut menawarkan gelang tangan, anting-anting dan rantai yang hadir dalam rekaan unik dan menawan.

Selain Pandora Moments, jenama tersebut turut menawarkan aksesori perak, Pandora Rose dan Pandora Shine yang direka untuk memberi inspirasi kepada wanita mengumpul, menonjol dan memperagakan gaya peribadi.

Bukan itu sahaja, kaum Hawa juga jangan melepaskan peluang memiliki variasi aksesori menawan seperti cincin, anting-anting , rantai, gelang tangan dan charm dihiasi batu permata.

Iklan

Secara tidak langsung, dengan pemilihan Pandora ia menyuntik, sekali gus menyerlahkan penampilan dan personaliti wanita. Lebih-lebih lagi apabila koleksi aksesori terbabit dipadankan pula bersama busana polos ataupun bercorak.

Iklan
pandora
SEMUA cawangan Pandora menjalani proses sanitasi setiap hari bagi memastikan kebersihan persekitaran dan keselesaan para pelanggan.  

Bagi mereka yang ingin memilih sendiri aksesori Pandora, berkunjung sahaja ke butik. Usah bimbang kerana semua cawangan di seluruh negara mengamalkan proses sanitasi setiap hari bagi memastikan kebersihan persekitaran dan para pelanggan berasa selesa dan selamat tatkala membeli-belah.

Dalam pada itu, Pandora turut menawarkan pembelian melalui aplikasi dalam talian di Zalora dan Lazada. Promosi berbeza ditawarkan untuk pembelian aksesori Pandora secara online.