HANYA menggunakan seutas tali, lelaki di Sulawesi dianggap hero kerana berjaya menawan seekor buaya sepanjang 4.3 meter (14.1 kaki).

Buaya adalah spesies haiwan yang digeruni ramai. Rupa fizikal reptilia pemangsa separa akuatik itu  sahaja sudah tampak ganas dan menakutkan. Apatah lagi apabila berdepan, pasti lari ‘tidak cukup tanah’ dibuatnya!

Bagaimanapun, seorang lelaki bernama Usman, 53, dari negara jiran ini berjaya menangkap seekor buaya dengan hanya menggunakan kudrat sendiri, tanpa bantuan orang lain. Lebih mengejutkan, dia melakukannya dengan hanya menggunakan tali.

Menurut Kompas, reptilia seberat 1 tan itu dilihatnya semasa ke kebun.

Baca juga: Buaya sepanjang 12 kaki disangka patung plastik, lelaki sempat bergambar sebelum cedera parah dibaham

Baca juga: Lelaki hilang 2 minggu lepas taufan rupanya dimakan buaya gergasi

“Saya nampak seekor buaya besar di kebun, kebetulan ada seutas tali. Saya ikat ekornya dan ikat pada pokok kelapa,” katanya.

Seterusnya Usman mencari tali lain dan mengikat kepala buaya itu. Beberapa penduduk lain hanya memerhati dan merakam aksi Usman ‘menangkap’ buaya tersebut. Hanya dalam masa kurang sejam, buaya itu telah berjaya ditangkap.

Difahamkan, buaya itu berada di kawasan kebun milik penduduk kampung susulan banjir yang melanda beberapa hari lalu.

“Beberapa hari lalu kawasan ini semuanya dipenuhi air (banjir). Jadi mungkin buaya ini menganggap tempat ini sudah menjadi habitat mereka,” katanya sambil menambah lokasi kebun mereka berhampiran dengan Sungai Malaoge yang terkenal sebagai habitat buaya.

Iklan

Saiz buaya yang besar menyebabkan proses mengangkap haiwan itu ke atas kenderaan milik Badan Konservasi Sumber Asli Sulawesi Tenggara (BKSDA) mengambil masa yang lama dan memerlukan bantuan daripada 20 orang penduduk

Buaya adalah haiwan yang mempunyai kekuatan rahang paling kuat di dunia itu. Kekuatan rahang buaya apabila kedua-dua mencengkam boleh mencecah 5, 000 paun bagi setiap inci persegi iaitu seolah-olah objek seberat 1 tan jatuh.

Iklan

Baca juga: Sesekali muncul dan berjaya dirakam penduduk, akhirnya Perhilitan sahkan ada buaya di Sungai Lalang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.