KES noda 28 tahun yang dialami wanita ini sudah lama berlalu tetapi masih berupaya dibongkar. Anak hasil daripada jenayah rogol itu sendiri bertanggungjawab membantu si ibu menangkap suspek.

Segala-galanya bermula apabila seorang lelaki yang merupakan anak kepada mangsa tertanya-tanya tentang ibu dan bapa kandungnya.

BBC melaporkan pada asalnya wanita dari Uttar Pradesh, India itu adalah mangsa jenayah rogol kepada dua lelaki yang merupakan dua adik beradik. Paling tragis, wanita berkenaan ketika itu berusia 12 tahun menjadi mangsa penganiayaan selama enam bulan hingga hamil.

Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang

Baca juga: Kronologi pelajar dinoda, badan dikerat, kepala direbus. Ahli farmasi dipenjara, diarah bayar pampasan RM192 ribu

ANAK GESA CARI PELAKU

Selepas dilahirkan, anak lelakinya kemudian diserahkan kepada keluarga lain sebagai anak angkat. Bagaimanapun anak itu kembali kepada si ibu 13 tahun lalu dan menggesanya untuk mendakwa perogol.

“Insiden itu sudah lama tetapi lukanya masih belum sembuh. Ia membuatkan hidup saya terhenti dan saya sentiasa mengingatinya,” kata wanita itu kepada BBC.

Wanita yang namanya tidak boleh didedahkan di bawah undang-undang India berkata kejadian hitam itu berlaku pada 1994 di bandar Shahjahanpur.

Kedua-dua tertuduh tinggal di kawasan kejiranan yang sama akan melompat dinding sempadan rumah wanita itu dan memperkosanya setiap kali beliau bersendirian.

Kehamilan itu diketahui keluarga apabila kesihatan wanita itu mula merosot dan dibawa kakaknya mendapatkan rawatan. Doktor bagaimanapun tidak mengesyorkan pengguguran kerana kesihatan wanita berkenaan ketika itu lemah dan masih muda. Sejurus selepas bersalin, bayinya diserahkan kepada keluarga angkat.

“Saya sangat menderita selepas kelahiran anak ini. Saya tidak berpeluang untuk melihat wajahnya. Apabila saya bertanya tentang perkara itu, ibu berkata saya akan mendapat peluang kedua dalam hidup,” katanya.

Baca juga: Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Baca juga: Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Kredit foto: BBC

CITA-CITA RANAP

Mangsa tidak membuat aduan polis kerana mereka sekeluarga ketakutan setelah tertuduh mengancam untuk membunuh dan membakar rumah. Tidak hanya dinodai, hidup dan masa depannya juga ranap.

“Impian saya adalah untuk menjadi anggota polis terkubur kerana dua orang (tertuduh) itu. Saya terpaksa ponteng sekolah dan tidak dapat belajar,” luahnya.

Enggan mengenang trauma yang dikaitkan dengan rumah mereka, wanita itu dan keluarganya  berpindah ke daerah Rampur untuk membina hidup baru.

Pada tahun 2000, beliau mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata kedua. Namun selepas enam tahun, si suami mendapat tahu tentang sejarah pahitnya sebagai mangsa rogol dan mula menyalahkan. Mereka bercerai dan wanita itu bersama anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

Baca juga: Setahun dirogol, liwat, akhirnya bapa dan 3 abang dicekup. Derita remaja perempuan berakhir

Baca juga: Padah si perogol,’anu’ putus digigit mangsa

ANAK KEMBALI KE PANGKUAN

Anak lelakinya yang diserahkan sebagai anak angkat turut menghadapi diskriminasi kerana identiti sebagai anak angkat. Selepas 13 tahun dalam jagaan ibu bapa angkat, anak berkenaan dipulangkan kepada wanita berkenaan.

Sering menjadi mangsa ejekan kerana ketiadaan nama bapa membuatkan remaja lelaki itu ingin mengetahui gerangan si ayah.

Wanita itu berkata anaknya mengancam untuk membunuh diri jika dia tidak mendedahkan nama si bapa. Keadaan memaksa wanita berkenaan terpaksa menceritakan perkara yang sebenar.

Anak lelakinya pada awalnya terkejut, bertukar menjadi penyokong kuat dan memberitahu si ibu untuk berjuang menegakkan keadilan.

Baca juga: Misteri kehilangan wanita jadi tanda tanya, dipercayai diculik ‘polis’ diupah bekas kekasih

GIAT CARI TERTUDUH

Padah si perogol,'anu' putus digigit mangsa

Dengan dorongan kuat oleh anak, wanita itu bertekad melawat semula Shahjahanpur pada tahun 2020 tetapi sukar untuk mendaftarkan kes terhadap tertuduh.

Apabila polis enggan menerima aduannya kerana kes terlalu lama, dia mendapatkan khidmat peguam.

Bagaimanapun peguam yang diupah juga keberatan dan mengatakan sukar untuk melawan kes yang sudah berusia hampir tiga dekad.

Sekembalinya ke Shahjahanpur, kawasan itu telah banyak berubah menyebabkan dia sukar menemui rumah lamanya dan rumah tertuduh.

Selepas menyakinkan peguam, kes tersebut akhirnya diambil dan peguam terbabit telah memfailkan rayuan di mahkamah. Atas perintah ketua majistret kehakiman Shahjahanpur, kes berkenaan didaftarkan terhadap kedua-dua tertuduh pada Mac 2021.

Wanita itu berkata, anggota polis memintanya mencari tertuduh.

Iklan

“Saya berjaya  mengesan suspek dan bercakap dengan mereka melalui telefon. Mereka mengenali saya dan bertanya mengapa saya belum mati. Saya beritahu sekarang giliran awak untuk mati,” katanya.

Walaupun tertuduh telah dikesan, tiada bukti untuk mengikat kedua-dua tertuduh dengan jenayah itu. Polis mengambil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil pada Februari sebagai bukti.

Baca juga: Jangan mandi! Ini apa yang perlu anda lakukan jika dirogol

DNA TERTUDUH SEPADAN DENGAN ANAK

“Kes ini benar-benar di luar jangkaan. Apabila wanita itu tampil dan memfailkan kes, kami agak terkejut. Tetapi kami mengambil peluang dan mengambil sampel DNA anaknya,” kata Penguasa Kanan Polis Shahjahanpur, S Anand.

Selain itu lebih menyayat hati, DNA tertuduh sepadan dengan sampel anak wanita berkenaan sekali gus mengesahkan bapanya.

“Kami kemudian mengumpul sampel DNA daripada tertuduh dan menjalankan ujian. Salah seorang daripadanya dipadankan dengan sampel DNA anak lelaki,” kata Inspektor Dharmendra Kumar Gupta yang telah menyiasat kes itu sejak setahun lalu.

Pada Pada 31 Julai, seorang daripada tertuduh telah ditangkap dan baru-baru ini polis berkata mereka telah berjaya mencekup lelaki kedua yang terbabit.

Wanita itu berkata dia mahu kisahnya memberi inspirasi kepada orang lain untuk tampil ke hadapan dan melaporkan jenayah yang dilakukan terhadap mereka.

“Ramai mangsa berdiam diri. Saya juga hanya berdiam diri dahulu dan percaya apa yang terjadi sudah tertulis sebagai nasib. Tetapi itu salah, mangsa rogol perlu melaporkan kepada polis supaya orang lain yang tidak menjadi mangsa,” katanya.

Difahamkan anak lelaki wanita itu gembira kerana tertuduh telah ditangkap.

Hakikatnya beribu-ribu kes penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan di India setiap tahun. Pada tahun 2020, sebanyak 47,000 kes telah didaftarkan di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak India Daripada Kesalahan Seksual (Pocso).

Iklan

Aktivis berkata banyak lagi kes tidak dilaporkan kerana kanak-kanak sama ada terlalu muda untuk memahami apa yang berlaku atau takut untuk bersuara. Keluarga mangsa juga keberatan untuk melaporkan kerana stigma atau dan takut kerana diancam pelakunya.

Baca juga: Pembebasan perogol terkenal di Korea Selatan cetus kemarahan

TIP MANGSA ROGOL

Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah ini, lakukan langkah seperti berikut dengan segera:

  • Jangan tunggu lebih dari 48 jam
  • Jangan mandi
  • Jangan tukar pakaian
  • Jangan makan dan minum
  • Jangan gosok gigi

MANGSA ROGOL PERLU MEMBUAT LAPORAN POLIS DALAM MASA 24 SEHINGGA 48 JAM TANPA MEMBERSIHKAN DIRI.

Hal ini kerana bukti yang ada pada badan selepas dirogol boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.

Baca juga: Nekad lari setelah didera suami, keluarga mentua remaja malang dirogol 400 lelaki

Baca juga: Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri

Sumber: BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan