2 helikopter TLDM terhempas mengakibatkan 10 perajurit terkorban tiada faktor kecuaian manusia, berikut laporan Lembaga Siasatan

A
A
A

NAHAS udara membabitkan dua pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 23 April lalu mendukakan negara.

Mengorbankan 10 perajurit, laporan nahas yang melibatkan HOM AW 139 dan AS 555 SN Fennec telah dikongsikan Lembaga Siasatan.

Laporan akhir nahas itu merumuskan bahawa salah satu pesawat iaitu  pesawat Fennec tidak berada pada haluan yang ditetapkan.

Siasatan juga mendapati ia tidak berada pada ketinggian ditetapkan namun menyatakan tiada faktor kecuaian manusia.

Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

Berikut info ringkas berkaitan:

1-Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, berkata dapatan itu diperoleh selepas semakan rakaman video berdurasi 7 saat kedudukan tujuh helikopter yang terbabit dalam raptai Hari Ulangtahun TLDM ke-90.

2-Faktor utama mendapati pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang diterapkan serta memasuki laluan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139

3-Berdasarkan rakaman kedudukan semua pesawat berkenaan, dua helikopter yang terbabit nahas udara itu berada pada haluan dan ketinggian berbeza dengan dua lagi pesawat yang berada di haluan sebelah kanan.

4- Faktor sekunder mendapati channelized attention atau tumpuan utama kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah pertukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran.

5-Pesawat Fennec pula ditentukan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi.

Baca juga: Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. ‘Jasamu akan dikenang wirawati negara’

Baca juga: Jasad cuma cedera di kepala, Nurfarahimi bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi, luah teringin naik helikopter sebelum pencen

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

Baca juga: Bapa Komander Muhamad Amir anggap anak pergi sebagai wira negara. ‘Setiap tahun sertai Hari TLDM, tak sangka semalam terakhir’

6-Sementara itu, pesawat AW139 disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan laporan analisis kotak hitam.

7-Pesawat Fennec pula ditentukan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi.

8-Abdul Rahman berkata, kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak kilang pengeluar asal (OEM).

9-Sampel minyak, pelincir dan bahan api telah diperiksa dan disahkan normal oleh pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Baca juga: ‘Pergilah abang, sayang dah reda. Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih’- Siti Aisyah

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

Baca juga: Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. ‘Abang sangat baik, minat TLDM’

Baca juga: ‘Kawan ma suruh ambil adik. Ma sudah tiada…’ Perkongsian anak mangsa nahas helikopter TLDM undang sebak

10-Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

11-Laporan Analisis Kotak Hitam pesawat AW139 digunakan untuk membantu siasatan manakala bagi pesawat Fennec, pembuktian profil penerbangan adalah melalui simulasi penerbangan menggunakan pesawat sebenar.

12-Kedua-dua pesawat itu disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi dan dikatakan ‘beyond repaired’ (tidak boleh dibaiki).

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

13-Lembaga Siasatan itu turut melibatkan bantuan dari Markas Tentera Udara - Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) serta doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

Terdahulu, tragedi pada jam 9.32 pagi baru-baru ini TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan T. Sivasutan (juruterbang Skuadron 502) serta Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi (Kuartermaster Udara Skuadron 502).

Mangsa lain ialah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503 Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd Marzukhi, dan Kuartermaster Udara Skuadron 503 Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun.

Tiga anggota wanita yang terkorban pula ialah Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna dari Markas Udara TLDM, Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy (Depot Bekalan Armada Barat), dan Bintara Muda Nor Rahiza Anuar (Depot Bekalan Armada Barat).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang