AKSI tunduk hormat adalah budaya yang diamalkan masyarakat Jepun dan Korea. Namun bagi masyarakat kita hukumnya harus namun bersyarat.

Seperti di Malaysia kita bersalam-salaman, manakala di Jepun dan Korea perlakuan menundukkan sedikit kepala adalah cara menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua.

Baca juga: Remaja tertelan jarum peniti, gara-gara nak bersihkan gigi. “Sikit lagi nak masuk salur pernafasan…”

Gambar hiasan

Seperti seorang pelajar sekolah yang baru-baru ini tular menerusi sebuah rakaman video. Pengguna TikTok Syed Azzman berkongsi video berdurasi tujuh saat yang menunjukkan seorang pelajar perempuan berlari melintasi sebatang jalan di Shah Alam, Selangor.

Kenderaan dilihat berhenti sepenuhnya bagi membolehkan pelajar tersebut melintas.

Namun apa yang mengejutkan warga maya ialah tindakan sopan pelajar berhenti di garisan tengah dan menunduk ke arah kenderaan berkenaan selepas dia diberi peluang melintas.

@syedazzman Jepun ❌ Malaysia ✅ #steady #fypシ ♬ original sound – ShallumAdventures

Pelajar itu memberikan tunduk 45 darjah kepada kenderaan sambil membawa beg galas dan beberapa fail. Dia meninggalkan lintasan selepas mengucapkan terima kasih.

Gambar hiasan

Warga maya rata-rata memuji tindakan pelajar terbabit yang sopan dan beradab.

– “Ini baru patut di ‘normalize’.”

– “Tinggi adab dia.”

– “Tak kisah pun. Janji benda baik, adab paling penting.”

– “Angkat tangan pun dah OK sebenarnya.”

Baca juga: Hentikan ‘salam tumbuk’, jangan ambil risiko!

TUNDUK HORMAT DALAM ISLAM

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam jika menundukkan badan kepada orang-orang besar atau para bangsawan biarpun berniat sebagai tanda menghormati atau membesarkannya tidak seperti mengagungkan ALLAH SWT hukumnya adalah harus.

Iklan

Imam Bujairimi menyatakan di dalam penulisannya:

أن الانحناء لمخلوق كما يفعل عند ملاقاة العظماء : حرام عند الإطلاق ، أو قصد تعظيمهم لا كتعظيم الله ، وكفرٌ إن قصد تعظيمهم كتعظيم الله تعالى” .

Maksudnya: Sesungguhnya menundukkan badan kepada makhluk, jika dilakukan ketika bertemu orang-orang besar: maka haram secara mutlak atau berniat membesarkan mereka tidak seperti mengagungkan ALLAH SWT. Kafir jika sekiranya terdapat niat membesarkannya sama seperti mengagungkan ALLAH SWT.

Namun begitu, berbeza pula pendapat Imam Nawawi yang menyatakan:

وقال النووي في المجموع : يكره حني الظهر في كل حال لكل أحد لحديث أنس …ولا معارض له، ولا تغتر بكثرة من يفعله ممن ينسب إلى علم أو صلاح ونحوهما

Maksudnya: Makruh menundukkan badan pada setiap hal dan pada setiap sesuatu sepertimana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas…Tidak ada percanggahan terhadap hal itu dan jangan tertipu dengan banyaknya orang yang melakukannya daripada mereka yang dinisbahkan kepada ilmu atau kebajikan dan seumpama keduanya.

(Rujuk Al-Majmu’ syarh Muhadzab, m/s 21)

Iklan

Imam Nawawi pula menyatakan perbuatan menundukkan badan adalah makruh dengan niat sekadar untuk menghormati.

Baca juga: Sweet! Abang Viva tunjuk cincin lamar wanita di live TikTok curi perhatian

“Konklusi bagi persoalan ini kami berpendapat hukum bagi seseorang menundukkan kepala dan badan untuk memuliakan atau menghormati orang lain adalah harus tetapi dengan syarat tidak memuliakan dan membesarkan orang itu melebihi atau setaraf dengan keagungan ALLAH SWT. Begitu juga, tidaklah ia melebihi had sepertimana rukuk yang dilakukan ketika solat,” titipnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.