'Aqif nak berkat...' Tragedi 19 Ramadan ragut nyawa, pemuda sempat hadiah kek & telekung birthday ibu runtun hati warga maya

A
A
A

PEMERGIAN pelajar Malaysia yang menuntut di University of Canterbury, Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, meruntun hati ramai.

Ibunya, Noor Aishah Abdul Latif menceritakan momen kenangan yang menyentuh hati.

"Arwah ada menghadiahkan saya sepersalinan telekung dan sebiji kek sempena hari jadi baru-baru ini, itulah kenangan terakhir.

"Arwah buat surprise hantar kek (menerusi perkhidmatan penghantaran Lalamove) sempena ulang tahun kelahiran saya.

"Saya ada bercakap tak perlulah Qif (nama timangan Megat Ashman Aqif) belikan telekung, patut simpan, duit banyak nak pakai tapi dia cakap tak apa ibu, Qif nak berkat ibu doakan untuk katanya," luahnya.

Lebih memilukan, Noor Aishah yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Mac lepas manakala anak keduanya itu meraikan hari lahir pada 8 Mac.

"Allahyarham ada meminta doakan dia kerana akan menghadapi peperiksaan. Tiada apa-apa perubahan pada arwah macam biasa sahaja berbual. Setiap minggu arwah akan buat panggilan video.

"Cuma menurut abang sulungnya arwah ada menghantar mesej di WhatsApp baru-baru ini berbual-bual, kebiasaannya jarang sangat arwah mesej abangnya," katanya.

Noor Aishah berkata kali terakhir bertemu anaknya itu pada Julai tahun lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa menghantarnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perdagangan di New Zealand.

"Arwah ada beritahu nak pulang bercuti sempena Aidilfitri tapi saya kata tak perlulah (balik ke Malaysia) baru lagi pergi ke sana," katanya.

Baca juga: Impian baju raya merah bata tak kesampaian, gadis maut terhidu gas karbon monoksida. 10 langkah waspada elak bahaya

Baca juga: ‘Mereka nak baju raya hitam.’ Ibu 4 anak maut kebakaran hiba tak sempat beli, baju tadika ubat rindu

Baca juga: [VIDEO] Tragedi malam 23 Ramadan, asrama terbakar tika solat tarawih, 43 pelajar selamat

Noor Aishah berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira 11 pagi semalam.

"Aqif anak yang baik, ALLAH pinjamkan saya selama 21 tahun, (meninggal dunia) dalam bulan Ramadan dia sedang berpuasa," katanya yang tidak dapat menahan sebak atas pemergian anak kedua dari lima beradik itu.

Megat Ashman Aqif merupakan pelajar perakauanan University of Canterbury menulis di laman LinkeIn dalam misi mendapatkan kelayakan Akauntan Berkanun dan meneruskan kerjaya sebagai Akauntan Bertauliah menjelang akhir tahun 2025.

Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Kemalangan dekat Tasik Tekapo mengakibatkan dua penuntut Malaysia maut dan tiga lagi diterbangkan ke Hospital Christchurch untuk mendapatkan rawatan segera seperti yang disahkan Kementerian Luar (Wisma Putra) dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Baca juga: 'Ayah suka masak ayam kicap.'Sambut Ramadan tanpa ibu bapa dan adik-beradik, perkongsian Attar Azim jentik hati

Baca juga: Luluh hati… 4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

Baca juga: Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

Pelajar berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan penuntut daripada University of Canterbury and Victoria University of Wellington yang merupakan antara mangsa dalam kemalangan itu.

Sementara itu Inspektor Craig McKay, seorang pengurus operasi dan sokongan daerah polis dipetik oleh laman sesawang rasmi Polis New Zealand menggambarkan lokasi kemalangan 'amat sukar' dengan beberapa mangsa yang cedera perlu dikeluarkan daripada kenderaan terlibat oleh kru penyelamat.

Usaha menyelamat dalam kemalangan itu melibatkan tiga helikopter dan membawa kepada siasatan yang kompleks dan masih berjalan untuk mencari punca nahas.

RANCANG KAHWIN DI RUMAH DATUK

Megat Ashman Aqif, 21, seorang daripada pelajar Malaysia yang menuntut di University of Canterbury terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand, Sabtu lalu.

Megat Ashman Aqif difahamkan bekerja sambilan di Christchurch semasa cuti semester dan ada mengirim duit belanja. Malah kali terakhir mereka berbual kira-kira sejam pada Selasa lepas menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, datuknya, Megat Khashusaini Megat Abd. Rahman, 85, berkata anaknya Megat Irman Jefni,49, ada memaklumkan hasratnya membawa pulang jenazah anaknya untuk dikebumikan di Perak namun keputusan itu belum muktamad.

"Kami ada cadang, biarlah jenazah dikebumikan di sana kerana jika dibawa balik prosesnya rumit tetapi katanya dia mahu arwah ada 'tanda' di sini dan mudah untuk melawat kuburnya nanti, namun semua terserah pada keputusan dia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Gunung Rapat di sini hari ini.

Baca juga: Insiden 3 Ramadan, tembak-menembak ragut 2 nyawa di Terengganu, berikut kejadian sebenar

Baca juga: Ujian Ramadan. Ibu hilang 2 anak, lemas terjatuh jambatan. 5 kes lemas ini wajar dijadikan teladan

Baca juga: Bapa sayu raya sedondon hitam tak kesampaian. 'Sudah ditakdirkan begitu, saya reda'

Menceritakan detik dia dan isteri diberitahu ketiadaan Allahyarham, pesara itu berkata anaknya menelefonnya meminta datang ke rumah di Meru semalam katanya ada 'kejutan' untuk diberitahu.

Apabila sampai ke rumah anaknya itu, anaknya terus memeluknya dan memberitahu cucunya sudah meninggal dunia.

"Saya lihat dia (Megat Irman Jefni) tetap masih menelefon Aqif walaupun sebelum itu dia telah diberitahu Aqif telah tiada, telefon Aqif masih berdering tapi tidak ada siapa yang menjawab panggilan itu," katanya sebak.

Cucu itu juga dikatakan merancang berkahwin di rumah datuk dan neneknya.

Megat Khashusaini berkata, cucunya itu berkonvoi bersama dua kenderaan lain yang terdiri rakan-rakannya sebelum kenderaan yang dipandu pemuda itu yang berada di belakang sekali terpisah daripada kumpulan konvoi.

"Rupa-rupanya kenderaan arwah telah terlibat dalam kemalangan, difahamkan berlanggar dengan sebuah motosikal dan terbabas," katanya.

Tasik Tekapo

SUKA AJAK KAWAN SOLAT

Menurut nenek Allahyarham, Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, pula berkata Megat Ashman Aqif yang baru menyambut hari lahir pada 8 Mac lepas seorang yang periang dan akan memberitahu setiap kali keluar ke mana-mana sejak belajar di New Zealand pada Julai tahun lalu.

"Dia ada beritahu dia dapat praktikal di sebuah firma akaun di sana dan beritahu dia tidak akan balik ke tanah air sampai habis belajar, kali terakhir dia menghubungi kami kelmarin dan bertanya berbuka di mana," katanya.

Megat Ashman Aqif yang merupakan anak kedua dari lima beradik seorang yang sering mengajak rakan-rakannya bersolat menurut cerita rakan-rakannya.

Sementara itu bapa Allahyarham tidak bersedia untuk bercakap dengan pemberita akibat terlalu sedih.

Sabtu lalu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Selain Megat Ashman Aqif, Wan Nur Adlina Alisa, yang juga penuntut University of Canterbury turut meninggal dunia.

Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut universiti sama manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington.

Sumber: Bernama 1, 2, 3, 4, 5

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca