CILI merah yang memberi rasa pedas dalam masakan mempunyai khasiat tersendiri. Kepada penggemar rasa pedas jom lihat apa khasiat cili merah ini.

1. Meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah strok

Cili merah mampu memberi kesan dramatik terhadap sistem peredaran darah. Justeru ia melancarkan peredaran darah sekali gus menghalang daripada terkena strok.

2. Cili sebagai penahan sakit

Apabila anda makan cili, ia akan membuatkan otak mengeluarkan endorfin iaitu hormon yang bertindak menghilangkan rasa sakit. Jadi sekiranya anda tidak mahu makan pil penahan sakit boleh menggantikannya dengan makan cili merah.

3. Bertindak sebagai terapi dan penenang

Jika anda seorang yang gemarkan rasa pedas pasti akan berasa puas apabila dapat makan cili. Ini kerana endorfin yang terdapat dalam cili merah akan merangsang otak anda untuk mempunyai rasa nikmat apabila dapat makan cili.

4. Bertindak sebagai antibodi semula jadi

Iklan

Cili merah turut mempunyai diri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Di samping cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar yang mampu melawan jangkitan.

5. Bertindak sebagai antioksida

Cili merah mengandungi vitamin C dan vitamin A yang mampu melawan radikal bebas daripada menyerang tubuh badan.

Iklan

Ini antara khasiat cili merah yang akan anda peroleh sekiranya mengamalkan pemakanan berasaskan cili merah. Semoga bermanfaat.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: easycilibangi, Unsplash