TARIKH 10.10 menjadi hari yang paling ditunggu buat semua kaki shopping untuk mendapatkan produk idaman pada harga paling berbaloi dan menjimatkan.

Seperti ledakan kempen jualan 9.9 sebelum ini, Shopee Malaysia sekali lagi menganjurkan Shopee 10.10 Brands Festival bermula 25 September hingga 10 Oktober ini.

Nah! Kali ini Shopee Malaysia menawarkah harga menarik untuk kaki shopping yang mendambakan gajet baharu tidak kiralah telefon pintar, komputer peribadi mahupun smart TV melalui produk HP dan Samsung.

shopee sale
shopee sale

Tidak lupa juga buat suri rumah yang masih mencari-cari set perkakas dapur, bolehlah usha produk keluaran Tefal dengan diskaun harga cukup berbaloi.

shopee sale

Tawaran harga bermula 10 sen pun ada tau! Jangan lepaskan produk comel-comel untuk anak tersayang. Ada juga barang perkakas dapur yang semenangnya berguna di saat kecemasan.

shopee sale

Sudah tentu, ini saat yang paling dinanti-nantikan, tawaran penghantaran percuma RM10 di seluruh platform dan diskaun hebat hingga 70 peratus bermula dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi!

shopee sale

shopee sale

Ada lagi tawaran pada harga RM10 sahaja. Ya! Semua barangan ini hanya dijual RM10 sahaja pada 10 Oktober nanti termasuk tripod, beg silang, kasut sukan dan ear phone. Menarik bukan?

shopee sale

Bagi mereka yang mahu merebut ganjaran lain seperti menang hadiah, baucar dan Syiling Shopee bernilai hingga RM1 juta, bolehlah sertai permainan Shopee seperti Shopee Farm, Shopee Claw, Shopee Poly dan banyak lagi.

shopee sale

Boleh dikatakan acara membeli-belah atas talian terbesar untuk jenama terkenal yang dianjurkan Shopee Malaysia ini membolehkan pengguna menikmati tawaran RM10 eksklusif dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, permintaan telah bertambah untuk e-dagang pada tahun ini selari dengan tahap kepercayaan dan keselesaan orang ramai dalam membeli-belah atas talian.

ian ho

“Jenama-jenama yang dipercayai seperti Samsung telah memecahkan rekod pada tahun 2020, mencatatkan hingga RM46,000 dalam satu transaksi, antara banyak pencapaian lain.

“Kami berasa teruja melihat bilangan jenama tempatan dan antarabangsa yang semakin bertambah di platform kami, ini menunjukkan bahawa semua orang mempunyai tempat dalam ekonomi digital,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

shopee sale

Tambahnya, Shopee akan terus memberi sokongan kepada jenama, peniaga dan peruncit sebagai pemudah cara bagi transaksi e-dagang untuk berkembang dalam persekitaran perniagaan yang kian pulih namun kompetitif.

“Justeru, penganjuran Shopee 10.10 Brands Festival tahunan ini akan berfungsi sebagai batu loncatan bagi mereka untuk membina hubungan dengan pembeli,” ujarnya lagi.

Dalam beberapa bulan ini sahaja, kata carian paling popular di Shopee ialah Iphone, laptop, mesin basuh dan smart TV manakala barangan terlaris termasuk Apple MacBook Pro, Bosch Built-in Dishwasher dan Delonghi Coffee Machine.

shopee sale

Apa yang pasti, perubahan ini didorong oleh jaminan ketulenan 100 peratus di Shopee Mall.

Iklan

Pembelian barangan premium dan berjenama atas talian juga barangkali menjadi pilihan ramai dek kerana kurangnya kontak sosial antara penjual dan pembeli bahkan dikatakan lebih menguntungkan.

shopee sale

Masakan tidak, trend pembelian digital sudah berkembang dengan stabil di Perlis, Kedah, Sarawak, Sabah dan Labuan bahkan permintaan melonjak dalam kalangan pengguna luar bandar sejak tahun 2015.

Siapa sangka, orang kampung pun boleh shopping dengan selesa dengan kaedah pembayaran luar talian seperti ShopeePay tau! Nampak tak pilihan membeli-belah ini memudahkan semua orang?

Tidak perlu lagi pergi ke bandar untuk beli barangan premium seperti di Billion, Al-Ikhsan, Eco Shop, Machines, ADIDAS dan Muji sebab semuanya ada di hujung jari sahaja.