PU Riz tegaskan tanggungjawab suami, ketua keluarga ambil tahu isu 'datang bulan'- 'Itu wajib dipelajari'
DAKWAHNYA yang santai dan penuh hikmah membuatkan beliau disenangi orang terdekat. Cara penyampaian mudah difahami dan menggunakan bahasa yang lembut membuatkan orang mudah untuk mengikut.
Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz baru-baru berkongsi perihal wanita yang perlu dititikberatkan oleh seorang suami.
Menerusi sebuah audio siar Isi Minyak Dulu, suami kepada Noor Neelofa itu menasihatkan para suami agar meletakkan tanggungjawab kepada keluarga lebih utama berbanding orang lain.
PU Riz percaya, apabila sudah berumah tangga, keluarga perlu jadi nombor satu dalam hidup.

"Dulu masa berkawan, kita berjanji sehidup semati, nak ajak lepak pun boleh sahaja.
Tetapi apabila sudah berkeluarga, tanggungjawab kita lebih kepada keluarga.
"Ada yang kata kena ‘gari’ dengan isteri, sebenarnya terma itu tidak berapa tepat. Maksud yang lebih besar adalah, tanggungjawab (kepada isteri) diberi perhatian," tuturnya.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata berkenaan turut menegaskan tanggungjawab suami bukan sekadar cari nafkah, tetapi memberikan didikan agama lengkap termasuk ilmu fardu ain.
"Didikan kepada isteri itu wajib.
"Kalau kita bertanya kepada kaum lelaki, tahu tak darah wanita macam mana? Itu sebenarnya wajib dipelajari, bukan sunat. Ini adalah kewajipan yang ramai orang tak perasan.

"Apabila isteri bertanya tentang haid, ‘haid saya datang sudah lebih dari tujuh hari..jadi boleh solat atau tidak pada hari kelapan?’
"Kalau orang yang tak tahu dan dia jawab, ‘ikut awaklah’. Habis kena tanggung suami dosa itu kerana tidak beri didikan.
"Begitu juga dengan puasa sunat. Kalau suami itu berkehendak terhadap isteri, isteri tak boleh puasa sunat. Dia kena tanya suami dulu sebab mungkin suami mahu bersama dengan dia. Isteri kena utamakan yang itu.
"Seluruh kehidupan dia, dia memerlukan kita. Jadi takkan kita nak melepak di luar," kongsinya.
Warganet rata-rata menyokong perkongsian PU Riz. Malah ada yang mengatakan Neelofa tidak salah memilih suami yang memahami agama.
"Neelofa tak salah pilih suami."
"Suami yang faham agama keluarga lebih terarah kepada akhirat."
"Berat tanggungjawab suami, bukan sekadar beri nafkah sahaja. Pentingnya bersama dengan orang yang ada agama."
Sekadar info, PU Riz yang merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

