BERITA baik buat orang ramai! Kini ujian pengesanan bagi Covid-19 boleh dilakukan sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.

Selain farmasi, menerusi kemaskini terbaru aplikasi MySejahtera, kini korang juga boleh beli kit ujian kendiri Covid-19 menerusi ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi aplikasi tersebut.

Sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dan membenarkan penjualan lima kit ujian kendiri Covid-19 iaitu Salixium-Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples).

Selain itu terdapat juga kit dari Korea, Gmate Covid-19 Ag Saliva serta tiga lagi iaitu BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) dan JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) yang dikilangkan di China.

Kit ujian ini pada awalnya diumumkan boleh dibeli di mana-mana farmasi yang berdaftar. Namun dalam kemaskini terbaru, MySejahtera telah bekerjasama dengan pharma2u. Jadi korang boleh beli secara terus menerusi online.

Selain ciri pembelian, disediakan juga akses bagi mengemaskini keputusan ujian kendiri tersebut.

Selepas menggunakan kit ujian kendiri, korang boleh terus kemaskini menerusi aplikasi MySejahtera.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

kit ujian kendiri Covid-19

Cara beli kit ujian kendiri Covid-19 menggunakan MySejahtera;

Terlebih dahulu, korang perlu kemaskini aplikasi MySejahtera (versi 1.0.40) menerusi Play Store atau App Store.

1. Buka aplikasi seperti biasa dan pergi pada bahagian Home MySejahtera. Pada halaman ini akan dipaparkan ikon bagi pilihan “Ujian Kendiri Covid-19” dan klik padanya.

Iklan

2. Setakat ini hanya tiga kit ujian kendiri yang disenaraikan dalam aplikasi ini iaitu:

  • Salixium Covid-19 Rapid Antigen Test Kit (RM39.90)
  • Gmate Covid-19 Ag Salive For Home Use (RM39.90)
  • JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (RM29.90)

Dan untuk membeli, klik pada “Beli Dalam Talian”.

Baca juga 9 PPV ‘walk-in’ untuk individu 40 tahun ke atas, komorbiditi di Lembah Klang. Jangan lupa bawa dokumen ini

Iklan

3. Korang akan dibawa ke pharma2u.co dan di sini terdapat kesemua tiga jenis kit ujian yang disenaraikan tersebut. Untuk mula membeli, korang perlu daftar “Sign Up” terlebih dahulu.

4. Kit Ujian Kendiri Covid-19 ini akan dihantar terus ke rumah korang.

Mudah kan! Tak perlu keluar ke tempat orang ramai lagi. #staysafe