KEJAYAAN paling manis! Pasangan beregu muda wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah melakar kejutan dengan meraih kejayaan paling manis apabila berjaya muncul juara Terbuka Switzerland dalam aksi final di St Jakobshalle Basel semalam.

Walaupun pasangan negara itu tidak diletakkan selaku pemain pilihan, namun mereka berjaya membuktikan kualiti yang ada pada mereka sememangnya layak untuk bergelar juara.

Kejayaan itu adalah selepas mereka menundukkan pihak lawan yang mana merupakan pilihan ketiga kejohanan dari Bulgaria, iaitu Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva dengan memperoleh mata 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit permainan.

Ia sekali gus melakar pencapaian membanggakan apatah lagi ia kejuaraan yang pertama bagi pasangan negara tersebut pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Pearly dan Thinaah menjadi satu-satunya wakil negara dengan laluan cemerlang dalam kejohanan kali ini termasuk menumpaskan rakan senegara yang juga beregu senior, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean 10-21, 21-14, 21-16 dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Pasangan beregu muda Malaysia juara terbuka Switzerland

Pearly dan Thinaah yang menduduki ranking ke-30 dunia mempamerkan aksi meyakinkan di set pertama apabila mendahului Gabriela dan Stefani hampir keseluruhan permainan namun goyah seketika selepas lawan mendahului 19-17.

Iklan

Bagaimanapun gandingan negara itu yang menewaskan rakan senegara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean pada aksi separuh akhir kekal tenang sebelum meraih kemenangan 21-19.

Pasangan beregu muda Malaysia juara terbuka Switzerland

Iklan

Pearly dan Thinaah terus unggul di set kedua apabila tidak memberi peluang kepada lawan untuk bangkit sebelum melakar kemenangan 21-12 sekali gus meraih kemenangan pertama pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Tahniah! Semoga kalian berdua terus mengharumkan nama negara dan mencapai lebih banyak lagi kejayaan dalam dunia sukan badminton dunia!