SIAPA yang tak kenal siri kartun popular dunia, Tom and Jerry. Tom, si kucing yang tak pernah jemu berhenti mengejar Jerry si tikus. Mereka kerap bertengkar hampi setiap waktunya.

Namun baru-baru ini berita menyedihkan mengenai Pengarah legenda siri kartun tersebut, Gene Deitch yang dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 16 April lalu.

Menurut UNILAD, mendiang meninggal di kediamannya di Prague dan sebab kematian masih belum dapat dipastikan.

Penerbit mendiang dari Czech, Petr Himmel mengesahkan berita tersebut dan berkata kematian Gene adalah tidak diduga.

Gene atau nama penuhnya Eugene Merrill Deitch bekerja sebagai jurudraf untuk Penerbangan Amerika Utara sebelum menjadi jurudraf untuk tentera dan mengikuti latihan juruterbang.

Sepanjang kariernya, Gene memegang jawatan sebagai pengarah kreatif Terrytoons yang berada di bawah naungan 20th Century Fox.

Dari situ, beliau mencipta watak-watak seperti Sidney the Elephant, Gaston Le Crayon, Clint Clobber dan Terr’ble Thompson.

Mendiang kemudiannya bekerja dengan Rembrandt Films pada 1960 untuk menghasilkan sejumlah kartun Popeye serta Tom and Jerry untuk Metro-Goldwyn-Mayer.

Iklan

Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar sebanyak dua kali pada 1964 untuk filem animasi Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship.

Gene juga pernah memenangi Anugerah Oscar dalam kategori Filem Animasi Pendek Terbaik bagi filem Munro pada tahun 1960.

Iklan

Selain itu, mediang turut menghasilkan dan mengarahkan siri King Features Krazy Kat serta siri The Bluffers.

Gene mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak lelaki hasil perkahwinannya.