BILA kali terakhir anda cuci tuala? Adakah seminggu sekali? Atau sebulan sekali?

Seperti pakaian, tuala juga perlu kerap dibasuh. Ini kerana tuala adalah kain yang paling kerap kita gunakan.

Tuala perlu dibasuh atau ditukar setelah dua atau tiga kali penggunaan atau sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ini adalah untuk mengelakkan pembiakan bakteria pada tuala.

Setiap kali kita mandi dan mengeringkan badan dengan menggunakan tuala, pastinya ada sel-sel kulit mati yang akan tertanggal dan melekat pada tuala.

Jika ia dibiarkan lama tanpa dibersihkan akan menyebabkan pembiakan bakteria. Inilah yang menjadi punca anda mengalami gatal-gatal mahupun jerawat pada badan.

Manakala jika tuala itu digunakan untuk mengelap peluh mahupun darah ia perlu dibasuh selepas sekali penggunaan agar kotoran lebih mudah ditanggalkan dan bakteria tidak merebak.

Bagaimana cara yang betul untuk mencuci tuala?

Iklan

Jemurkan tuala di bawah cahaya matahari selepas anda menggunakannya agar bakteria tidak dapat membiak.

Selain itu, basuh tuala dengan merendamnya bersama pencuci dan air suam selama 30 minit. Seeloknya asingkan daripada pakaian lain.

Iklan

Jagalah juga kebersihan tuala sama seperti kita menjaga kebersihan pakaian yang lain.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: vanilla kismis, mingguan wanita, unsplash.