MANISNYA pelakon dan usahawan Lana Nodin yang kini tampil dengan imej berhijab.

Lana berkongsi beberapa video dan foto memaparkan beliau menghadiri pelbagai acara dengan gaya bertudung sejak Ramadan lalu.

Memetik laporan Gempak, isteri kesayangan Mohd Daud McKienzie itu mengakui memilih untuk tidak terlalu berkongsi tentang perkembangan terbarunya.

“Saya tidak mahu menghebohkan perkara ini kerana pada saya, siapa yang tahu dan nampak, maka mereka tahulah. Tetapi bukan dengan membuka mulut bercerita tentang perkara ini,” ujarnya.

Pemilik nama Mazlina Hassan Nordin itu mengakui beliau dalam fasa percubaan dan kurang selesa menghebahkan soal penghijrahan sebaliknya berdoa agar istiqamah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Baca juga: Lana Nodin dipuji jemput ustazah bimbing suami & anak. ‘Kami tak sempurna tetapi cuba lakukan terbaik’

Baca juga: Penampilan Syafinaz Selamat pakai tudung buat ramai teruja, ini cara berhijab jelita ikut bentuk muka

“Bukan tidak mahu berkongsi, cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak bulan Ramadan lalu. Bukan tidak mahu menghebahkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.

“Kalau orang nampak, nampaklah. Apatah lagi, suami pun turut menyokong segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh saya. Kini saya berada dalam fasa percubaan, doa yang baik-baik buat saya,” kongsi Lana.

Banyak bermuhasabah seiring peningkatan usia, ibu kepada Gia Quinn McKienzie, 7, dan William Daud McKenzie, 4, itu mengakui tindakan itu juga didorong keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.

Baca juga: Penampilan DJ Lin bertudung buat ramai teruja, doa agar istiqamah

Baca juga: ‘Saya masih sama, cuma tiba masa untuk berubah.’ Norreen tampil berhijab, mula padam gambar lama

“Hujung tahun ini saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun. Pejam celik beberapa tahun lagi akan memasuki 50 tahun.

“Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan. Saya hendak membimbing suami yang mualaf namun tidak bertudung maka seperti tidak selari.

“Jadi ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih balk. Bukan sahaja saya dan suami tetapi buat anak-anak juga,” kata Lana.

Iklan

Muncul dengan penampilan baharu, pelakon berasal dari Kuching, Sarawak itu akan terus meneruskan aktiviti seninya.

“Apa pun, saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Jadi watak antagonis biarpun bertudung pun menarik juga.

“Saya masih terbuka untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” kata Lana.

Terdahulu, perkongsian Lana memuat naik video dengan imej terbarunya pada 1 Syawal lalu menerima reaksi positif daripada warganet dan menjadi perhatian ramai.

Iklan

Untuk rekod, Lana dan Mohd Daud berkahwin pada 15 Mei 2015.

Baca juga: 5 tahun peluk Islam Maryam menangis terima hadiah pakej umrah, dedah sudah lama idam ke Tanah Suci

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!