SELEPAS tiga tahun menduda, vokalis kumpulan Seventeen, Ifan selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Citra Monica dengan hanya sekali lafaz, pada pagi Sabtu.

Menurut laporan media tempatan, majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Hotel Pullman Central Park, Jakarta dan disiarkan secara langsung di TransTV.

Pada majlis tersebut, Ifan atau nama penuhnya Riefian Fajarsyah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai AS$3,500, emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat.

Ifan dan Citra yang juga merupakan seorang model terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Ini bukan pernikahan pertama bagi Ifan dan Citra kerana masing-masing pernah berkahwin.

Iklan

Ifan bergelar duda selepas kehilangan isterinya, Dylan Sahara yang meninggal dunia dalam bencana tsunami di Banten, Indonesia pada Disember 2018.

Iklan

Sementara Citra Monica gagal mempertahankan rumah tangga bersama suami pertamanya selepas tiada lagi persefahaman.