Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

A
A
A

BERJIWA rakyat, itulah istilah tepat yang ditujukan buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli turun padang menemui penduduk dalam Kembara Kenali Borneo.

Selain laman sosial rasmi Istana Negara, keberangkatan baginda berdua di Negeri di Bawah Bayu itu turut trending di TikTok.

Rakyat Sabah benar-benar bertuah kerana berpeluang menyaksikan Ketua Negara dan keluarga di hadapan mata.

Keberangkatan Seri Paduka baginda berdua diiringi anakanda Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah yang perkenan melayani sapaan pelbagai etnik di sepanjang perjalanan.

Istimewanya, Al-Sultan Abdullah perkenan memandu sendiri kenderaan sepanjang perjalanan sejauh 759 kilometer sejak 3 September lalu.

Raja Permaisuri Agong pula tidak lupa perkenan melakukan aktiviti bersama rakyat seperti membeli-belah di pasar dan memasak.

Dalam satu klip video yang tular, baginda mencatat sendiri aduan yang diterima daripada penduduk berkenaan jalan raya yang kurang memuaskan.

Baginda berdua juga tidak kekok dikerumuni rakyat pelbagai etnik dan kaum serta mesra menghulur tangan untuk bersalaman.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat gembira dan begitu terharu atas layanan mesra terharu rakyat Sabah sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo.

Dalam titah ucapan pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Kembara Kenali Borneo, baginda turut menzahirkan rasa terhibur selepas menerima pelbagai panggilan.

"Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong, gong, gong. Sekurang-kurangnya menghiburkan saya.

"Raja Permaisuri Agong (dipanggil) Datin Permaisuri, ada pujian-pujian kepada isteri saya, ooh cantik sekali, Alhamdulillah," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda akan memberi pandangan berhubung aduan diterima daripada rakyat negeri ini, khususnya usaha mengatasi isu berkaitan jalan raya, bekalan elektrik dan air susulan program Kembara Kenali Borneo sekembali ke Kuala Lumpur nanti.

Warga maya yang teruja bertemu sendiri Ketua Negara dan keluarga diraja meluahkan rasa terharu.

Malah ramai memuji kerendahan hati baginda sekeluarga berempati dengan keadaan negeri di Sabah.

- "Very humble YDPA, semoga terus sihat."

- "Kesayangan rakyat Sabah."

- "Belum pernah lagi YDPA santap santai di gerai dengan keluarga. YDPA paling mantap setakat ini, ampun Tuanku."

- "Ampun Tuanku, pemimpin negara berjiwa rakyat. Terbaik!"

-"Love them, keluarga Agong kesayangan rakyat Sabah."

- "Bagus, sampaikan aduan kepada Raja Permaisuri terus."

- "Inilah yang menyebabkan rakyat sayang kepada Agong dan Permaisuri sebab sudi mendengar keluhan mereka. Baginda berdua murah dengan senyuman."

Baca juga: 'Paling berjiwa rakyat.' 239 hari lagi Agong bakal pulang ke Pahang buat ramai sebak

Baca juga: Tamat latihan, Tengku Ahmad Ismail ditauliah Royal Military Academy Sandhurst, Agong, Permaisuri jadi tumpuan

Baca juga: Pengusaha baju kurung ibu, anak terharu Raja Permaisuri Agong kongsi foto fesyen jenamanya di laman sosial

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

Baca juga: Contoh terbaik pemimpin Islam, anniversary ke-37, Agong, Permaisuri sambut dengan doa selamat, bacaan Yasin

Sumber: Istana Negara, Tiktok kembara borneo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca