TIGA hari lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meraikan hari persaraan ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang sudah 38 berkhidmat sebagai pendidik.

Perkara itu dikongsikan Syed Saddiq di laman Facebook peribadi beliau:

“38 tahun Mama berkhidmat sebagai seorang cikgu.

Sekarang mama sudah berumur 60 tahun & officially seorang pesara.

I cannot ask for better parents than mama & abuyah.

They dedicate their blood, sweat & tears in making me a better person.

I can only wish that i can match them as a responsible parent to my children in the future, inshaallah.

Now both mama & abuyah are retirees. It is my turn to take care of both you ❤️,” kongsi bekas menteri belia dan sukan ini di hantaran Facebook nya.

Pun demikian, apa yang menarik perhatian dan bahan perbualan warganet hingga ke hari ini ialah gambar yang turut disertakan bersama hantaran tersebut.

Biarpun sudah bergelar warga emas, ramai di ruangan komen posting itu melihat Sharifah Mahani masih tampak muda hingga seawal 40 tahun dan lebih muda dari itu!

Baca sajalah komen sebahagian netizen ini:

Memang nampak muda kan…?

Apa pun, untuk pengetahuan, di sebalik wajah, sebenarnya Sharifah Mahani merupakan seorang pejuang kanser. Beliau sememangnya seorang wanita yang kuat dan tampak bersemangat.

Julai lalu Syed Saddiq pernah berkongsi di laman sosial peribadi beliau bahawa ibunya berjaya melawan kanser payudara pada 2013, sebelum penyakit itu kembali.

Artikel berkaitan: Syed Saddiq mohon doakan ibunya yang sedang bertarung melawan kanser

Iklan

Memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya, Sharifah Mahani telah menjalani pembedahan berkaitan baru-baru ini.

Doa SinarPlus, moga ibu tabah ini terus sihat dan cekal dalam menempuh hari-hari mendatang dan mengisi hari pencen dengan penuh bermakna.

Stoking pun ditegur warganet

Betapa tajamnya mata warganet, dalam sekeping gambar dikongsikan Syed Saddiq bersama ibunya yang cantik bergaya dengan kebaya ala pengantin itu, stoking dipakai oleh beliau turut menarik perhatian.

  1. Netizen mencari jenama stoking yang dipakai oleh Syed Saddiq.

May god blessed your family. 💗

Iklan

Ps- Nice sock! 🥰Gonna buy for my self too. 🧦

Siap ada yang mencari jenis dan jenama stoking yang dipakai oleh beliau lagi!

Menariknya, hal itu turut dibalas ringkas oleh Syed Saddiq:

Yewyew Yew hahaha thanks

-AG