SELEBRITI, Datin Anne Ngasri bukanlah nama asing.

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, wajah ‘baby face’ beliau sudah sebati dengan masyarakat apabila membintangi pelbagai filem dan dan drama seawal usia tiga tahun.

Lebih 30 tahun mencipta nama, figura berusia 38 tahun itu kini beralih dari pentas lakonan ke politik.

Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini bergelar Exco Wanita UMNO Malaysia.

Baru-baru ini, adik kepada pelakon Bell Ngasri dan Darling Ngasri itu menerima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran berkenaan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

Baca juga: Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

“2 Muharam 1445 Hijrah bersamaan 20 Julai 2023.

“Syukur dengan izin dan limpah kurnia-NYA. Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.

“Patik menjunjung kasih dan kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta,” titip Anne.

Menggayakan persalinan baju kurung hijau, Anne hadir bersama kakaknya, Darling yang berkongsi beberapa foto sekitar istiadat yang berlangsung di Istana Negara.

Penerbit dan pelakon itu juga tidak lupa mengucapkan tahniah buat Anne atas kurniaan darjah kebesaran.

Baca juga: Pelakon Fauziah Nawi terima gelaran datuk pada usia 70 tahun, 10 fakta menarik jadi inspirasi

“Setinggi-tinggi tahniah kepada adindaku Datin Hajah @annengasri_official atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 hari ini.

“Teruslah menabur bakti demi agama, bangsa dan negara kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat,” kongsinya.

Baca juga: Tak pernah dapat piala, anugerah, Bell Ngasri luah tak pernah malu

Pada tahun 2017, Anne pernah menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Mengimbau penglibatannya dalam seni lakonan, Anne cukup popular dengan sitkom Cili Padi, drama Anak Angkat, Selamat Hari Jadi Su dan banyak lagi.

Beliau juga pernah merangkul Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 1994 menerusi Telefilem, Anak Angkat.

Tidak hanya itu, wajahnya yang fotogenik menghiasi iklan komersial Grandy’s, Colgate, Nespray, Dutch Lady dan banyak lagi.

Iklan

Profesion politik wanita hebat ini dilihat bermula dan aktif selepas beliau bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.

anne ngasri

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4.

Masing-masing mempunyai zuriat daripada perkahwinan sebelum ini iaitu Anne mempunyai tiga anak, Abdul Warits,16, Abdul Wafri,14, dan Nazharah Afroza, 12 tahun manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim,17.

Warganet turut menzahirkan ucapan tahniah buat Anne. Menyaksikan paparan video yang dikongsikan, ramai memuji penampilan pelakon itu seolah-olah tidak dimakan usia dan tampak awet muda.

– “Syukur alhamdulillah di atas pengurniaan pingat dan pencapaian yang sangat luar biasa. Setinggi-tinggi tahniah buat Datin Anne Ngasri.”

Iklan

– “Tahniah Datin Anne. Cantiknya dia. Baby face dari dulu sampai sekarang. Miliki senyuman manis.”

– “Tahniah. Suka tengok Anne, dari zaman kanak-kanak, remaja dan kini wajahnya tetap sentiasa muda.”

– “Masya-ALLAH, cantik betul Anne. Awet muda.”

– “Cantiknya Anne. Tidak berubah, manis selalu. Sentiasa muda remaja.”

Sumber: Instagram annengasri_official, darlingasri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang