‘ALONG bomba, Angah polis. Achik warden penjara.’

Demikian perkongsian foto tular di laman sosial baru-baru ini. Tiga beradik berkenaan, Muhammad Azrol, 36, Muhammad Azlee, 33, dan Muhammad Azim, 29, segak menyarungkan pakaian seragam masing-masing menjadi perhatian warga maya.

“Terima kasih ma. Terima kasih arwah abah.

“Kami hasil didikan ibu bapa Orang Kurang Upaya (OKU) bisu dan pendengaran telah buktikan yang kami pun boleh berjaya.

“Kami adik-beradik janji akan jaga ma sampai hujung nyawa kami,” kongsi anak sulung, Muhammad Azrol menerusi akaun Facebook miliknya, Cucu Che Hat yang viral di pelbagai saluran laman sosial.

Hantaran berkenaan menyentuh hati. Tidak hairanlah foto yang memaparkan beliau dan tiga beradik itu menerima hampir 1,000 tanda suka. Kejayaan menjadi insan berguna yang ditempa tiga beradik yang dibesarkan anak pasangan OKU itu menjadi inspirasi warga maya.

Muhammad Azrol yang dihubungi SinarPlus baru-baru ini berkongsi foto berkenaan dirakam pada hari raya lalu sebagai kenang-kenangan.

Baca juga: Datuk S Sasikala Devi wanita Besi Sang Saka Biru

Baca juga: Pegawai kadet TLDM lulus akademi laut berprestij AS, jadi kebanggaan rakyat Malaysia!

Baca juga: Tamat latihan, Tengku Ahmad Ismail ditauliah Royal Military Academy Sandhurst, Agong, Permaisuri jadi tumpuan

Tiga bersaudara menganggotai pasukan beruniform, Muhammad Azrol berkata segalanya bermula apabila bapa, Allahyarham Azmi bin Che Hat yang merupakan bekas atlet Paralimpik Kelantan yang memberikan galakan penuh sejak awal.

Biarpun OKU bisu, Azmi yang mencari rezeki sebagai penoreh getah dan isteri, Faridah, 58, pula bekerja mengasuh dan membersihkan kediaman mahu anak-anak menjadi insan berjasa kepada masyarakat serta berkerjaya mulia.

“Ayah dan ma saya tidak boleh bercakap dan mendengar, tetapi abah boleh menulis. Semasa menjadi atlet Paralimpik, abah menulis daripada kawan-kawan sepasukan yang lain.

“Sejak kecil arwah abah akan menunjukkan kepada kami untuk tabik hormat setiap kali berjumpa anggota polis atau badan berunifom. Arwah juga berpesan besar nanti jadilah seperti mereka. Pakai baju seragam dengan kemas.

Muhammad Azrol berterima kasih kepada arwah bapa yang memberi galakan sejak kecil

“Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2005, saya banyak memohon dan menghadiri temuduga untuk menyertai Polis Diraja Malaysia dan menjadi Pegawai Penjara namun tidak berjaya.

“Sehinggalah 2010 berjaya melepasi temuduga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan berjaya direkrut.

“Abah orang pertama yang teruja membawa surat lapor diri saya dan menunjukkan kepada pada adik beradiknya dan rakan-rakan. Itu adalah momen yang tidak akan saya lupakan,” ujarnya.

Baca juga: Inspirasi! Ummi Annur Syahmina wanita berhijab pertama Malaysia sertai Akademi Tentera Udara AS

Baca juga: Inspirasi! Leftenan Dr Ruth srikandi ATM bergelar IRONMAN termuda, ungguli sukan lasak triathlon

Selepas berjaya Muhammad Azrol menamatkan latihan pada 2012 dan ditugaskan di JBPM Negeri Perak, adiknya pula berjaya berjaya melapor diri di Pusat Latihan Polis Malaysia di Sabah.

“Abah bersyukur, teruja dan gembira. Sehinggalah Jun 2015 abah disahkan menghidap kanser hati tahap 4 dan doktor maklumkan hanya ada enam bulan masa bersama abah. Adik ketiga, Achik yang menjaganya ketika itu.

“Dalam situasi sedih, Achik mendapat tawaran kerja sebagai Pengawai Penjara di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.

“Pada Oktober 2015 beliau melapor diri dan saya sebagai anak sulung mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga abah sehinggalah abah meninggal dunia pada 27 Disember 2015,” katanya.

Baca juga: Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

Baca juga: Menjadi antara 30 juruterbang wanita di MAS, Khaysha mahu tepis pandangan skeptikal orang ramai

Iklan

Tidak hanya memiliki dua orang adik bekerja yang bertugas dalam pasukan beruniform , isteri Muhammad Azrol juga anggota Kastam Diraja Malaysia yang kini bertugas di Perak.

Sementara itu adik keempat dan kelimanya yang merupakan pasangan kembar, Nor Azlin dan Nor Azni, 27, bertugas di sektor kerajaan.

“Saya bangga menjadi anggota bomba dan penyelamat kerana tidak semua yang boleh melakukan tugas ini. Arwah abah memberi galakan kerana kerjaya ini membantu masyarakat.

“Saya selalu berpesan kepada adik-adik tidak kira pangkat tinggi atau rendah, lakukan tugas dengan baik. Jangan memalukan keluarga,” katanya yang kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.

Tiga bersaudara menganggotai pasukan beruniform tentu ada cabaran tersendiri terutama menjelang hari raya, kata Muhammad Azrol beliau kini berasa lega kerana ditugaskan di negeri kelahirannya.

“Alhamdullilah untuk masalah cuti raya, saya lega kerana sudah berkerja dekat dengan rumah Ma kerana saya akan selalu ada beraya dengannya.

Iklan

“Malah adik kembar perempuan dapat balik beraya kecuali Angah dan Achik yang perlu mengikut jadual penggiliran cuti raya jabatan masing-masing,” katanya.

Pesan Muhammad Azrol, anak muda yang berminat untuk menyertai badan beruniform perlu memiliki minat dan kesungguhan.

“Kepada adik-adik yang berminat dengan kerjaya badan berunifom, pertama sekali perlu ada minat yang tinggi. Apabila sudah sarung baju seragam, kita akan banyak terikat dengan arahan semasa jabatan.

“Tidak hanya itu banyak masa perlu dikorbankan. Namun bekerjalah dengan ikhlas.

“Doa orang sekeliling itu mustajab terutama sekali doa ibu. Sesibuk manapun jenguklah ibu bapa selagi ada masa bersama,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!