GERAMNYA bila hujung rambut bukan sahaja berakar tetapi berbuah. Keadaan ini selalu terjadi bagi perempuan yang memakai tudung.

Bukan senang perempuan bertudung nak jaga rambut walaupun kadang-kadang nampak mudah sahaja kan?

Rambut yang basah diikat, ditutup dengan kain tebal mahupun diperap di dalam tudung membuatkan rambut menjadi busuk dan lama kelamaan berminyak serta berbuah.

Jangan bimbang, ada beberapa cara untuk atasi masalah rambut berbuah ini.

1.Jangan basuh rambut setiap hari

Ini bukan pilihan yang baik untuk mereka yang sering mengikat rambut atau wanita bertudung. Waktu yang terbaik untuk basuh rambut bagi mereka yang bertudung dan rambut panjang adalah dua hari sekali. Dan basuhlah ketika malam jadi punya banyak masa untuk keringkan.

2.Gunakan syampu yang sesuai

Kebiasaannya rambut berbuah terjadi kerana ia mengandungi lebihan minyak. Justeru, pilihlah syampu yang khusus untuk masalah ini.

3.Biarkan rambut lepas

Punca utama hujung rambut berbuah adalah kerana mengikat rambut yang basah. Dan jangan ikat rambut ketika tidur, rambut juga perlu bernafas.

4.Hindari penggunaan pengering rambut

Haba yang terlalu panas yang kerap dikenakan kepada rambut berisiko menyebabkan rambut rosak. Ia akan mengakibatkan rambut menjadi terlalu kering dan cenderung untuk menjadi rambut berbuah. Sebaiknya, walaupun ia mengambil masa untuk kering, tetapi berikan rambut anda untuk mengering secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang alat pengering rambut.

5.Masalah bakteria

Tahukah anda rambut yang diperam boleh menghasilkan bakteria yang menyebabkan rambut rosak dan berbau busuk? Masalah ini melanda mereka yang kerap memakai helmet, tudung atau topi. Peluh yang berkumpul memerangkap bakteria dan menyebabkan pelbagai masalah rambut lain.

6.Tidur tidak mencukupi

Tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh mengakibatkan seseorang individu berdepan dengan keletihan dan kelesuan. Keadaan ini akan mendorong perubahan hormon dalam badan berikutan aturan tidur yang tidak berkualiti dan tidak mencukupi. Apabila berlaku perubahan hormon, ia secara tidak langsung memberi impak kepada proses pertumbuhan rambut. Sering kali rambut akan mula gugur.

Tidak kira sama ada anda berhijab ataupun tidak, anda masih perlu memberikan perhatian terhadap aspek penjagaan rambut anda. Semoga bermanfaat!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: COSMOPOLITAN