PELAKON Mawar Rashid berkongsi berita gembira, kini hamil anak kedua. Perkongsian tersebut dilakukan Mawar dan suami, Raf Yaacob menerusi laman Instagramnya masing-masing pada Ahad.

“Alhamdulillah. Syukur. Doakan bayi kedua saya membesar dengan sempurna dan selamat,” ujar Mawar.

Berkongsi tentang kehamilan kali keduanya itu, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Saputri Wan Abdul Rashid, 25, memberitahu sedang mengalami alahan teruk.

“Kali ini alahan teruk sikit. itu yang perlahan sikit online. Ramai yang minta buat Barbie Challenge, tapi tapi larat. Maaf semua.

“Banyak lagi nak buat challenge lain dan kerja-kerja lain, tapi semua tergendala. Doakan alahan saya cepat habis ya. Loya teruk kali ini,” ujarnya.

Peminat dan pengikut Mawar di Instagram tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah, selain mengirimkan doa buatny dan kandungan.

Iklan

Mawar dan Raf berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun lebih. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Raf memiliki dua orang anak.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Mawar Rashid)