PELAKON Farah Nabilah menerusi laman Instagramnya hari ini berkongsi berita gembira, hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami,  Mohamed Amirul Yunus.

Menurut Farah, 28, kandungannya kini sudah memasuki usia 5 bulan dan memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan suami.

“Assalamualaikum aunties and uncles! Alhamdulillah, Masya-Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul,” tulisnya sebagai kapsyen pada video bersama suami yang dimuat naik.

Difahamkan pelakon Titian Cinta itu disahkan hamil pada awal Mac lalu sebelum dia dan suami bercuti ke Maldives untuk berbulan madu.

Farah dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

Iklan

 

Iklan

(FOTO: Instagram Farah Nabilah)