HASRAT penyanyi Tomok untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi yang dinantikan semalam.

Bayi comel yang dilahirkan dengan berat 3kg itu dilahirkan secara normal dan merupakan permata hati ketiga Tomok dan isteri.

Berita gembira tersebut dikongsi Tomok menerusi laman Instagramnya selepas beberapa jam isterinya selamat bersalin.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini.

“Alhamdulillah terima kasih ALLAH. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” tulisnya sebagai kapsyen pada foto pertama anak ketiganya itu.

Iklan

Rezeki Syawal buat Tomok dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5.

 

Iklan

(FOTO: Instagram Tomok)