CUTI sekolah yang bermula esok membuatkan anak-anak tak kiralah sekolah rendah mahupun menengah sangat teruja.

Mereka boleh tinggalkan semua urusan kerja sekolah buat seketika dan legakan minda dengan aktiviti riadah.

Bagi ibu dan ayah, mesti sudah merancang untuk berlibur di tempat yang best.

Jadi musim panas ketika ini, memang sesuailah kalau dapat beriadah di kawasan hutan yang sejuk.

Janda Baik, Bentong, Pahang antara tempat percutian yang sentiasa menjadi tumpuan orang Lembah Klang.

Tak jauh pun, kira-kira 45 kilometer dari Kuala Lumpur. Banyak penginapan menarik siap dengan sungai untuk mandi-manda.

cuti sekolah

Tak mahu main sungai pun tak mengapa, kolam privasi juga disediakan untuk mereka yang mahukan ruang eksklusif.

Carian SinarPlus mendapati, sudah banyak penginapan berkonsepkan resort, glamping, inap desa, chalet waima berkhemah dibuka di tanah peribadi.

Malah, pengusaha terus mengimplemenkan ciri unik untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk terus datang bercuti.

Berikut lokasi yang kami rasa berbaloi untuk anda kunjungi:

cuti sekolah

cuti sekolah

 

Happi Village
Alamat: Lot A848, Kampung Cheringin, Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Happi Village
Instagram: @happivillage

Baca juga 3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list

cuti sekolah

cuti sekolah

The Nurin Cottage
Alamat: Lot 5263, Pulau Santap, Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: The Nurin Cottage

Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome

cuti sekolah

cuti sekolah

Benus Valley Camping Ground
Alamat: Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Benus Valley Janda Baik

Iklan

cuti sekolah

cuti sekolah

Canopy Villa
Alamat: Sungai Lampin, Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Canopy Villa Glamping Park
Instagram: @canopyvilla.glamping

Baca juga 5 lokasi liburan si kecil, destinasi nombor 4 memang berbaloi untuk cungkil kreativiti

cuti sekolah

Riverside Janda Baik
Alamat: Lot 5506, Jalan Sum Sum Hilir, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Riverside Janda Baik
Instagram: @riverside_jandabaik

Sebenarnya, banyak lagi tempat beriadah yang boleh kalian pilih jika bercuti ke Janda Baik.

cuti sekolah

Iklan

Ikutlah bajet sebab ada yang menawarkan pakej tapak khemah serendah RM80 jer untuk mereka yang sukakan suasana adventure.

Nak lepak dalam chalet atau resort pun ada. Semua pilihan ada di depan mata.

Kalau booking melalui online pun boleh settle semua. Paling penting, sediakan ongkos dan makanan siap-siap ya.

Okey! Selamat berhujung minggu.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.