'Bukan kecuaian sendiri....' Pemergian 15 pelajar UPSI disifatkan syahid akhirat

No Image Caption
A
A
A

SEBELUM ini kita digemparkan dengan berita kehilangan hero-hero negara akibat kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Semalam, kejadian menyayat hati berlaku lagi melibatkan 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim mengatakan pemergian mereka ini boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.

Menurutnya, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ulama berhubung kematian akibat kemalangan jalan raya, namun ia bergantung kepada faktor punca kejadian sama ada disebabkan kecuaian sendiri atau sebaliknya.

No Image Caption



“Ulama berpendapat bahawa kematian seorang penuntut ilmu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang bukan berpunca daripada kecuaiannya dan berada dalam perjalanan untuk tujuan menuntut ilmu, boleh dikiaskan sebagai mati syahid akhirat.

“Ini sebagaimana orang yang meninggal dunia akibat tertimbus bangunan atau lemas. Dalam kes tragedi kemalangan membabitkan pelajar UPSI ini, mereka termasuk dalam kategori mati yang bukan disebabkan kecuaian sendiri,” katanya.

No Image Caption



Di kesempatan itu, Zamri turut menggesa agensi berkaitan yang menguruskan prasarana jalan, keselamatan kenderaan, etika pemanduan serta langkah-langkah perlindungan penumpang agar menyemak semula prosedur dan peraturan sedia ada sebagai ikhtiar mengekang kejadian serupa daripada berulang.

Artikel Berkaitan:


Katanya, kejadian menyayat hati itu berlaku hanya beberapa hari selepas nahas membabitkan anggota FRU, sekali gus menimbulkan keperluan agar aspek keselamatan jalan raya diberi perhatian serius.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang