'Mereka rampas coklat, ALLAH hantar...' – Haroqs menangis doa termakbul lihat video penduduk G4z4 tangkap ikan di pantai
PEMPENGARUH dan aktivis Sumud Flotilla, Haroqs tiba di tanah air malam tadi meluahkan rasa sayu selepas mengikuti video penduduk G4z4 berjaya menangkap banyak ikan di pantai.
Haroqs atau nama penuhnya Muhammad Hareez Adzrami, 25, menerusi Instagram berkongsi pengakuan pilu.
"Mereka rampas coklat, ALLAH hantar ikan.
"Sejujurnya saya menangis bila kali pertama lihat video mereka setelah dibebaskan dari penjara.
Di situ saya sedih dan gembira kerana ALLAH mendengar doa kita semua.

"Memintalah kepada-NYA kerana ALLAH itu Maha Pemberi," kongsinya.
Terdahulu, Haroqs pernah menitipkan doa buat penduduk P4lestin yang sedang diancam kebuluran agar dikurniakan rezeki hasil laut itu ketika belayar di atas kapal dinaikinya, Free Willy.
Menerusi sebuah video memancing yang besar dan dan banyak kuantitinya.
"Ya ALLAH, kau hujankanlah rezeki kepada saudaraku di G seperti ikan ini, malah lebih besar dan banyak kepada mereka," kongsinya.

Juruvideo terkenal itu pernah mendedahkan membawa banyak coklat untuk diedarkan kepada kanak-kanak di G4z4.
Namun makanan itu gagal disampaikan selepas dinaiki Haroqs dipintas tentera Isr4el ketika sedang belayar di laut Mediterranean.
Terdahulu, misi GSF yang disertai lebih 400 aktivis dari seluruh dunia termasuk 23 rakyat Malaysia gagal menembusi kepungan Israel untuk berlabuh di pantai G4z4.
Mereka ditahan sebelum dibebaskan hasil rundingan diplomatik kerajaan Malaysia dan beberapa negara lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
