BERSEMPENA sambutan Hari Bapa yang diraikan pada bulan ini, Suria FM memberi peluang kepada pendengar untuk berkongsi kisah menyentuh hati bersama bapa masing-masing.

Lima kisah terbaik akan disiarkan sebagai drama pendek radio ketika segmen Team Pagi bermula 15 Jun hingga 19 Jun ini.

Tidak hanya itu, Suria FM juga akan memilih yang terbaik untuk dilakon semula oleh penyampai-penyampai Suria dalam sebuah drama pendek yang akan dimuatnaik di saluran Youtube Suria TV dan Facebook Suria FM pada 21 Jun ini.

Menurut Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, peraduan Kisah Ayah Di Suria itu merupakan inisiatif terbaharu daripada Suria FM bagi meraikan Hari Bapa pada tahun ini.

“Kali ini, Suria menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu melalui drama radio. Walaupun hanya menggunakan suara dalam menceritakan kisah-kisah tersebut, diharapkan pendengar Suria FM dapat turut menikmati dan menghayati setiap kisah yang diceritakan,” katanya.

Iklan

Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.suria.my juga di laman sosial Facebook Suria FM & Twitter Suria Malaysia.

 

Iklan

(FOTO: Suria FM)