BINTANG remaja popular Indonesia, Tegar Septian berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isteri yang dinikahi sejak dua bulan lalu,  Sarah Sheika disahkan hamil.

Tegar, 19, membuat pengumuman tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik fotonya bersama alat ujian kehamilan yang menunjukkan hasil positif.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah.

“Di bulan Ramadan tahun ini, Tegar di temani isteri dan alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah,” tulisnya.

Tegar ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraanya apabila turut memuat naik sebuah video yang menyaksikan dia dan isteri meraikan berita gembira tesebut

Menurut penyanyi yang sebelum ini dikenali menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu, berita tersebut merupakan satu kejutan buatnya dan  isteri.

Iklan

“Aku bakal punya anak. Luar biasa, Tegar sudah menjadi bapak,” luahnya.

Tegar yang mula mencipta nama dalam dunia seni pada usia 11 tahun itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangannya di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Iklan

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Tegar)