PENYANYI popular Indonesia, Glenn Fredly, meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis pada petang Rabu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun, setelah dilaporkan terjatuh di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital.

Berita kehilangan itu dimaklumkan rakan baik Glenn sendiri iaitu penyanyi Tompi kepada media Indonesia.

Penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Januari itu meninggalkan seorang isteri, Mutia Ayu dan seorang cahaya mata perempuan yang baru berusia dua bulan.

Iklan

Pemergian Glenn tentunya merupakan satu kehilangan besar buat industri seni Indonesia.

Iklan

Malah berita duka itu turut dirasai sebahagian besar rakan selebriti yang tidak ketinggalan berkongsi berita tersebut dengan iringan pelbagai ucapan.