KALAU selalu pakai santan tentu bosan. Apa kata cuba resipi berkrim pula!

Rasa lemak berkrimnya tatkala ia mendarat ke lidah sememangnya mengundang kelainan dan keunikan tersendiri.

Resipi Ayam Mentega Berkrim atau Creamy Butter Chicken yang rangup ini memang sangat sedap. Resipinya juga mudah.

Pastinya jika sedang mencari ilham inspirasi dengan berkunjung ke laman Sinar Plus ini, mencurah-curah idea yang datang dek ledakan rasanya.

Semarak harumannya dari daun kari sudah tentu membangkitkan selera.

Jangan risau rasa muak dengan kuahnya yang lemak berkrim. Untuk mengelakkan kegusaran itu, hanya tambahkan sedikit pedas cili api.

LET’S MASAK!

Ayam Mentega Berkrim

Iklan

Cadangan hidangan: 4 hingga 6 orang

Bahan-bahan:
800g ayam, dipotong kecil
½ sudu kecil bahan perasa
4 sudu besar tepung jagung
1 liter minyak masak

Bahan kuah:
50g mentega
2 ulas bawang putih, dicincang
2 tangkai daun kari
5 biji cili padi, dihiris halus
200ml susu cair
200ml air
½ sudu kecil perasa makanan
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung, dicampur dengan air

Iklan

Cara menyediakan:
1. Perapkan ayam dengan perasa. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
2. Panaskan minyak masak. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
3. Di dalam kuali, cairkan mentega.
4. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
5. Masukkan susu cair dan air.
6. Perasakan dengan bahan perasa, garam dan gula. Kacau sebati.
7. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sekata.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: www.ajinomoto.com.my