ROTI john merupakan antara salah satu menu ringkas dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia lebih-lebih pada bulan Ramadan.

Memang benar, roti john mudah untuk didapati di mana-mana, namun untuk mencari air tangan yang betul-betul sedap memang sukar.

Namun, di Lan‘s Burger Corner, SinarPlus yakin, peminat sajian itu akan berpuas hati dengan olahan resepi oleh pengusahanya, Mohamad Hazlan Yusop.

lan's burger

Kepada SinarPlus, Mohamad Hazlan berkata, bagi memastikan pelanggan setianya kembali berkali-kali ke premisnya, beliau sanggup menuntut ilmu memasak roti john yang enak termasuk aspek pemasaran dalam jangka masa yang agak lama.

“Saya belajar banyak (memasak) daripada abang saya, Roslee Yusop, 52, kerana sebelum ini, saya hanya pandai buat sate saja.Tahu tak berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan rahsia kesedapan roti john? Jawapannya, selama dua tahun.

lan's burger

“Saya percaya jika kita banyak belajar, rajin tuntut ilmu masakan dan pandai mempelbagaikan ramuan unik mengikut selera pelanggan, sudah pasti pelanggan akan terus datang mencari. Sebab itu, ramuan untuk roti john dan burger yang saya jual memang lain daripada lain,“ katanya baru-baru ini.

Beritahu usahawan berusia 41 tahun itu, antara rahsia mengapa menu itu disukai ramai juga adalah merujuk kepada kuah yang dihasilkannya.

“Isteri saya, Azilawatie Abdul Aziz telah menerapkan nilai masakan orang Melaka dengan membuat kuah roti john dengan rasa pedas tetapi sangat lazat untuk dinikmati.

lan's burger

“Berkali-kali kami berdua membuat ‘uji kaji‘ dan akhirnya menemui kuah roti john yang tidak boleh dijumpai di mana-mana.

“Sebagai tambah nilai, saiz roti kedai saya juga besar dan memang kenyanglah,“ kata bapa kepada tujuh anak itu.

Selain kuah dan saiz, roti john di premis itu turut menggunakan daging kebab istimewa yang digril sempurna termasuk penggunaan pelbagai jenis daging unta, kambing dan rusa.

Itu sebab Roti John Kebab Special merupakan antara yang paling laris dijual selain Roti John Cheese Leleh.

lan's burger

Roti john di premis itu dijual bermula pada harga RM4 hingga RM19.90.

Iklan

Lan‘s Burger Corner

  • Alamat: Taman Subang Perdana, Seksyen U3, Shah Alam, Selangor
  • Menu signatur: Roti John Kebab Special, Roti John Cheese Leleh dan Burger Ayam Crispy
  • Masa operasi: 5 petang hingga 10 malam
  • Harga: RM4 hingga RM19.90
  • Facebook: Md Hazlan Yusop

JIKA Lan‘s Burger Corner menawarkan menu istimewa seperti daging kebab, rusa dan unta sebagai pilihan isi roti John untuk menarik perhatian pelanggan, beberapa pengusaha makanan lain juga tidak kurang hebatnya.

Menariknya, ada sebahagian daripada mereka memberi sentuhan roti john cita rasa Korea.

Berikut tiga lagi pilihan ‘port’ roti john yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus yang merindui menu kegemaran bulan puasa itu.

roti john

The Royale

Iklan
  • Alamat: No 6, Jalan Camar 1/1, Taman Perling Johor Bahru, Johor
  • Menu signatur: Roti John Royal
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 10.30 malam
  • Harga: RM10 hingga RM22
  • Facebook: The Royale
  • Instagram: @theroyal2u

roti john

Roti John Ayam Crispy Jejantas

  • Alamat: Bawah jejantas Kanchong Darat, Banting, Selangor
  • Menu signatur: Roti John Ayam Cripsy, Roti John Paperoni dan Roti John Lamb Chop
  • Waktu operasi: 6.30 petang hingga 10.30 malam
  • Harga: RM4 hingga RM7
  • Facebook: Roti John Ayam Crispy Jejantas

roti john

Johari‘s Palacio

  • Alamat: No 77, Jalan Pelabur 23/B, Shah Alam, Selangor
  • Menu signatur: Roti John Ayam Crispy dan Roti John Burung Unta
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Harga: RM5 hingga RM15
  • Facebook: Johari‘s Palacio
  • Instagram: @joharis_palacio23