MENINGGAL sewaktu tidur adalah satu fenomena biasa yang selalu kita dengar.

Apabila hal itu terjadi, ia menjadi 1,001 tanda tanya. Mengapa ia boleh tercetus? Bukankah pada hari semalam, si polan itu masih kelihatan sihat, tetapi pada hari ini beliau menghembuskan nafas terakhir?

Bagi menghuraikan persoalan berkenaan, SinarPlus merujuk penulisan Pegawai Perubatan, Klinik Iris, Shah Alam, Selangor, Dr Arisman Wedge menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Kredit foto: Vlada Karpovich, https://www.pexels.com/photo/photo-of-a-woman-sleeping-on-a-bed-with-a-white-blanket-5357328/

Beritahu Dr Arisman, bertemu ajal sewaktu tidur adalah satu hal yang jarang berlaku.

Ia tidak hanya boleh terjadi kepada warga emas sahaja, tetapi pada semua peringkat umur.

“Apabila kematian seperti itu, orang ramai sering kaitkan dengan masalah jantung sahaja, tetapi sebenarnya tidak. Ada beberapa sebab lain yang dilaporkan dengan kematian sebegitu,” ujarnya.

Baca juga: Sebelum jalani ujian pap smear untuk kesan kanser serviks, berikut 5 perkara yang tak boleh wanita lakukan

Menerusi perkongsiannya, pegawai perubatan itu menyenaraikan tujuh punca situasi itu boleh tercetus. Berikut inti patinya:

i) Trauma, toksin dan ubat-ubatan
– Ia boleh terjadi disebabkan oleh trauma kerana kecederaan yang berlaku ketika tidur.
– Toksin pula merupakan keadaan seseorang itu terhidu gas beracun seperti karbon monoksida.
– Pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan akan menyebabkan seseorang terlebih dos.

ii) Kegagalan jantung

Kredit foto: Pixabay -https://www.pexels.com/photo/blur-chart-check-up-curve-415779/

– Keadaan itu yang selalu dikaitkan apabila seseorang meninggal secara mengejut. Namun, orang ramai perlu tahu penyebab jantung sering berhenti adalah aritmia iaitu denyutan jantung tidak normal.
– Perkara tersebut akan memberi implikasi kepada sistem penyampaian elektrikal pada jantung sama ada terlalu perlahan atau terlalu laju sehingga mengakibatkan organ itu gagal berfungsi.

iii) Strok atau angin ahmar
– Strok juga boleh menjadi punca mati dalam tidur kerana plak darah beku telah mengalir ke salur darah di dalam otak dan menyebabkan tersumbat.

iv) Tekanan darah tinggi

Kredit foto: Thirdman, https://www.pexels.com/photo/a-healthcare-worker-measuring-a-patient-s-blood-pressure-using-a-sphygmomanometer-7659573/

– Apabila seseorang mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi, secara tidak langsung meningkatkan risiko strok. Tekanan yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat atau pecah.

v) Kegagalan pernafasan

Kredit foto: Anastasia Shuraeva, https://www.pexels.com/photo/person-s-hands-on-his-chest-8795388/

– Paru-paru dan jantung merupakan ‘satu pasukan’ dalam membekalkan oksigen kepada tubuh badan. Jika salah satu pasangan gagal berfungsi, maka pasangan satu lagi akan mengalami keadaan sama (gagal berfungsi).
– Contoh penyakit kegagalan pernafasan adalah seperti darah beku pada paru-paru, serangan asma, kanser paru-paru dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (masalah pada saluran udara dengan menghalang tiub bronkial atau kecederaan pada bahagian paru-paru).

vi) Kematian yang tidak diketahui punca
– Walaupun mayat sudah melalui proses bedah siasat, punca kematian masih tidak dapat dikenal pasti.

Iklan

vii) Penyakit tidur

Kredit foto: Ivan Oboleninov, https://www.pexels.com/photo/woman-sleeping-935777/

– Mereka yang ada masalah penyakit obstructive sleep apnea (OSA) boleh menjadi risiko kepada kejadian mati mengejut semasa tidur.

Pada akhir penulisan, Dr Arisman meminta orang ramai yang tidur berdengkur untuk lakukan pemeriksaan untuk diagnosis masalah kesihatan yang sedang dialami kerana ia merupakan petanda OSA.

Ingat, kematian mengejut sewaktu tidur bukanlah disebabkan kegagalan jantung semata-mata, tetapi banyak lagi faktor.

Hebahkan maklumat yang dikongsi SinarPlus kepada ahli keluarga dan kenalan rapat.

Seperkara, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat bagi memastikan tekanan darah dan kesihatan jantung terjaga.

Iklan

Baca juga:  Jangan pandang remeh masalah tonsil, selain boleh cetuskan kanser, ia boleh akibatkan kematian

Baca juga: Selalu mengantuk berlebihan pada siang hari? Ramai awasi kerana penyakit ini tiada penawar

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.