PELAKON terkenal kelahiran India, Irrfan meninggal dunia akibat kanser di hospital Kokilaben, Mumbai, India, pada Rabu.

Irrfan yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun itu bukan sahaja terkenal dalam industri filem Bollywood, tetapi juga dikenali di arena antarabangsa menerusi penglibatannya dalam filem The Slumdog Millionaire, Life of Pi dan The Amazing Spider-Man.

Bintang terkenal itu didiagnosis dengan ketumbuhan neuroendokrin pada 2018 dan pernah menerima rawatan di United Kingdom. Awal minggu ini Irrfan dimasukkan ke hospital berikutan jangkitan pada usus besar.

Iklan
Iklan

Irrfan meninggalkan seorang isteri Sutapa Sikder dan dua orang anak iaitu Babil dan Ayan.