PENYANYI rock era 1990an, Izzaka atau nama sebenarnya Mohd Zakaria Yaacob, dilaporkan meninggal dunia pada 11.45 malam Rabu, akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, pada 23 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.

Menurut bekas isteri Allahyarham, Hazana Mohamad Zabandi, 47, seperti yang dilaporkan sebuah portal, pada malam raya Allahyarham berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital.

Kesihatan Allahyarham, semakin merosot selepas beberapa hari berada di hospital sebelum disahkan meninggal dunia semalam.

Iklan

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, Perak. Menerusi perkahwinan bersama bekas isteri, Allahyarham dikurniakan seorang anak lelaki.

Iklan

Izzaka pada zaman meniti populariti dikenali dengan lagu Bunga Dedap dan Singkapkan Nur Suci, selain pernah berduet bersama penyanyi Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu.