MAKANAN laut iaitu lobster semakin digemari rakyat Malaysia. Bermula dengan makanan barat sehinggalah ke sushi semuanya ada berasaskan lobster.

Tahukah anda lobster yang besar dan menawan bentuk rupanya ini mempunyai khasiat yang menarik? Ini adalah khasiat lobster.

1. Rendah kalori daripada daging

Lobster mempunyai nilai kalori yang rendah jika dibandingkan dengan daging lembu atau ayam. Selain itu nilai protein pada lobster juga tinggi. Jadi pada anda yang diet boleh amalkan makan berasaskan lobster ini kerana berprotein tinggi dan rendah kalori.

2. Mengandungi Omega-3

Makanan laut sememangnya mempunyai kandungan omega-3. Begitu juga dengan lobster. Kandungan omega-3 di dalam lobster yang tinggi penting untuk menjaga kesihatan jantung.

3. Membantu menurunkan berat badan

Lobster bukan sahaja rendah nilai kalori namun ia juga rendah nilai lemak dan rendah kolestrol. Jadi amat bagus untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan.

Iklan

4. Meningkatkan stamina

Lobster mengandungi banyak vitamin seperti kalium, vitamin b12, dan selenium yang bagus untuk kesihatan dan mampu meningkatkan stamina jika diamalkan.

Iklan

Itulah antara khasiat lobster buat anda yang tak tahu kini sudah tahu. Lepas ini bolehlah olah masakan dengan mengunakan lobster.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash