BEBERAPA hari lalu, aktres Ummi Nazeera telah berkongsi video pengalamannya membuat ujian koronavirus (Covid-19) secara pandu lalu (drive-thru) di sebuah pusat perubatan swasta.

Hari ini, pelakon Uqasha Senrose turut membuat perkara serupa apabila menjalani ujian Covid-19 secara drive-thru.

Menurut Uqasha, 28, dia telah demam sejak beberapa hari lalu dan sudah berjumpa dengan doktor.

“Saya demam sejak beberapa hari lalu dan doktor beritahu hanya demam biasa. Tetapi saya ambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan jangkitan Covid-19 hari ini.

“Saya perlu pastikan saya dan keluarga berada dalam keadaan selamat. Doakan keputusan baik-baik sahaja,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B-gzFDGlrnq/?utm_source=ig_web_copy_link

Iklan

Uqasha turut berkongsi sepotong video cara-cara menjalani ujian.

Iklan

Rata-rata peminat dan rakan artis turut mendoakan agar kakak kepada Nelydia dan Raysha Rizrose itu cepat sembuh.