BUAT mereka yang gemar menonton filem atau drama, Amazon Freevee antara aplikasi wajib ada dalam peranti masing-masing.

Tambah menarik, ia boleh diakses secara percuma.

Amazon Freevee yang menawarkan lebih 1,000 karya hit dan naskhah asli keluaran Amazon Studios itu juga memaparkan saluran hiburan secara langsung selama 24 jam.

Hanya perlu membuat carian mengikut tajuk, genre atau nama pelakon, semua karya yang mahu ditonton tersedia di depan mata.

Amazon Freevee

Pengguna juga akan diberi cadangan filem atau drama yang paling popular pada minggu-minggu tertentu.

Baca juga Lebih baik ciri keselamatan & mesra pengguna, 7 info berkaitan aplikasi MyJPJ

Baca juga Pantau tekanan darah, ritma jantung dengan aplikasi Heart Rate Monitor-Pulse. Mudah je, tak perlu beli alat

Iklan

Setakat ini, sudah lebih 5 juta pengguna berdaftar. Untuk menikmati penstriman tanpa iklan, anda hanya perlu mendaftar masuk platform Amazon atau memuat turun melalui Google Play Store.

Amazon Freevee

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.