Mahu elak gusi berdarah dari terus berterusan, boleh cuba guna ubat gigi ini

May 15, 2021
Oleh Farah Eliani

PENYAKIT periodontal atau gusi, biasanya disebabkan oleh bakteria plak yang berada di sepanjang garisan gusi dan telah menjejaskan 14.4 juta atau 94 peratus rakyat Malaysia.

Pastinya, sekiranya masalah itu tidak dirawat, ia mungkin berkembang menjadi penyakit gusi lebih serius yang dipanggil periodontitis.

Iklan

Menurut National Oral Health Survey of Adults 2010, lebih daripada satu perempat daripada responden kajian telah mengalami sekurang-kurangnya satu atau lebih gejala penyakit berkaitan dengan kualiti kesihatan mulut dan perkadarannya meningkat seiring dengan usia.

Menyedari keperluan untuk meningkatkan kemahiran literasi kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia, parodontax, ubat gigi perlindungan gusi oleh GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare melancarkan kempen The Time Is Now yang disokong oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong berkata, kempen berkenaan antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia tentang keperluan untuk mencegah penyakit gusi dan mengatasinya dengan lebih berkesan.

Iklan

Bryan Wong.

The Time Is Now akan diperluaskan lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui laman web parodontax, platform digital parodontax dan Watsons dan kedai Watsons terpilih untuk menyokong dan meningkatkan akses pengetahuan kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, berkenaan dengan ubat gigi parodontax, ia mengandungi 67 peratus natrium bikarbonat.

Natrium bikarbonat membantu memecahkan bakteria plak yang boleh menyebabkan gusi sehingga berdarah.

Iklan

Ubat gigi tersebut juga mengandungi fluorida yang menolong menguatkan gigi dan juga menyegarkan nafas.

Jadi, buat mereka yang mempunyai masalah itu, bolehlah mencuba menggunakan ubat gigi jenis berkenaan.

Diharapkan tiada lagi kegusaran dan ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda!

Jadi, untuk maklumat lanjut mengenainya, jom layari laman web www.parodontax.com.my.

Semoga bermanfaat!

Iklan
Iklan